HECTIC LIFE =,=


Haiiiiii . Entry aku yang last tu masa hari last sem khas. Time aku tengah bersiap-siap nak tunggu bas balik kelantan untuk cuti sem. Sebenarnya aku ada niat yang cerita pasal ke-mereput-an aku masa cuti sem tu, maklumlaa, dak2 u lain semua tak cuti time tu. Nak keluar pun takde orang nak teman. Huhu sadiss. Tapi tulaa, bila rasa malas melebihi rasa rajin. Kahkah so sekarang ni aku dah masuk sem 1. Dah hampir 6 minggu kot rasanya. Pastu lagi seminggu nanti aku cuti pulak. Cuti midsem. Tashabarnyaaaaaa. Okayy done intro ^^,

LETIH! Tu je aku dapat cakap. Silapnya, masa nak daftar kos dulu aku tak cek dulu jadual. Main daftar je, pastu baru cek jadual. Tapi nasib baik jugaklaa aku takde kelas malam, and kelas aku 4 hari je seminggu. Tapi yang 4 hari tu dia punya jadual mashaAllah packnyaa :( Yang paling tak best keempat-empat hari tu kelas aku start pukul 8 pagi. Aku ulang lagi sekali, 8 PAGI !!!!! Dahlaa kelas semuanya kat kampus bandar yang mana berdasarkan papan tanda yang aku tengok kat tengah2 jalan jarak antara UTHM dengan kampus bandar ni adalah 4 km. Alaa 4km je punn, TAPI NAK KE KAU JALAN KAKI ?? Pastu dengan nak kena berebut naik bas lagi. Hari first aku masuk kelas 45 minit lewat, sebabnya aku tersalah naik bas. Hahaha malu bhaii. Pastu ada satu hari tu aku terbangun lewat. Dan hari tu pun aku lambat masuk kelas lagi.

Sebenarnya malam ni aku nak cerita pasal keletihan aku. Bukan nak merungut, tapi saja nak cerita. MAsa sem khas dulu bukan main lagi berhoneymoon. Kelas 3 hari seminggu, pastu kelas pulak satu hari satu kelas. Hahahaha memang honeymoon sungguh ahh duluu. Tapi bila dah masuk sem1 ni, langsung takde rupa honeymoon. Assignment dan lab report bertimbun. Awal-awal dulu aku stress dengan subjek Computer Algorithm. Dengan aku faham samar-samar je, pastu dengan latih tubi yang lect bagi tak henti-henti. Tapi alhamdulillah, masih sempat cover. Dan semalam baru je lepas Test1 utk subjek ni. Selain algo, aku juga bermasalah dengan subjek Basic to Operating System. Aku rasa subjek ni laa yang paling susah nak melekat dalam kepala aku. Time lab, pening nak kena faham fungsi setiap command tu command ni. UBuntu memang betul-betum membuntukan aku. Bukan setakat  u je pun, i pun buntu sekali. Ok hambar. Tu tak masuk time kuliah lagi. Sumpah aku cakap time kuliah OS laa aku paling mencabar. Cabaran dia aku kena paksa diri untuk fokus, tapi kebanyakkannya aku gagal. Hahaha cabaran lain aku kena tahan diri dari tidur. Rasa mengantuk dalam kuliah OS ni memang mengantuk yang betul-betul mengantuk. Tapi setakat ni aku tak pernah lagi laa tidur. Tak berani dan tak beradab laa kan nak tidur time lect tgh lecture. Untuk subjek2 lain tu aku rasa okay sikit laa. Bukanlaa senang tahap kacang, tapi subjek lain tak se-complicated macam subjek 2 tuu.

Koko. Sem ni koko aku masuk keusahawanan. Aku sendiri tak tahu aku menyesal ke tak sebab masuk keusahawanan. Best je . Hari tu kena pergi temu bual usahawan IKS. Aku punya groupmate yang laki dua orang dia punya hyperactive tu mashaAllah. Dalam kelas diorang dua orang laa yg paling bising. Hahaha tapi nasib baik jugak diorang jenis yang boleh bercakap on the spot. Bila lect tiba2 je soal group kitorang, diaorg laa yang jawab. Hahaha ada benefit kat situ Kahkahkah. Pastu utk tugas rangcangan perniagaan tu yg berat sikit. Dahlaa time present semalam group kitorang kena hentam kaw-kaw dengan lect. Aku rasa macam nak nangis je masa tu. Dahlaa dengan hari tu aku ada test algo lagi. Pastu malam tuu berjaga semata-mata nak siapkan slide utk presentation tu, bukannya untuk study algo. Pastu bila present pulak kena hentam dgn lect. stress sangat rasanyaa. Tapi nasib baik jugaklaa kitorag punya idea tu boleh diterima, kiranya kitorang dah boleh proceed dengan report terus, pastu yng slide tu kena fix sikit2. 

Sekarang ni aku rasa tidur pun tak menentu. Kalau ada masa free, mmg rasa nak tido je. Letih dgn assignment, letih dengan field trip sana sini, letih dengan perangai manusia sekeliling. ehh ? Yang tu nanti kalau aku rajin aku cerita lain kali sebab sekarang ni aku rasa mengantuk yang amat. Chaww !