special sem is oficially over


Hari ni dan semalam aku ada exam. Kira final exam untuk sem khas ni. Semalam subjek pengantar kenegaraan dan hari ni subjek pengajian islam. Makaaaaa, bermulalah cuti sem selama sebulan. yeayyyy !
malam ni aku dah naik bas balik kelantan . Happy lah weii. Tapi happy2 pun sedih jugaklaa. Sebabnya bila dah naik sem 1 nanti nanti mesti dah busy and dah tak boleh main2 macam sem khas ni. 

Sepanjang sem khas ni, aku rasa rilex sangat. Hahahaha sumpah tak tipu. Kelas hanya tiga hari je seminggu, and lagi empat hari buat peta dalam bilik LOL #ifyouknowwhatimean hahaha. Sebenarnya kami dibahagikan ke dalam kumpulan. Kalau tak silap aku ada 8 kumpulan semuanya. And dalam satu kumpulan tu ada lebih kurang 100++ camtu laa. Aku kumpulan 7, and dalam kumpulan aku ada 141 semuanya. Kumpulan aku dia campur dengan kos sains gunaan and kejuruteraan apa entah. Kiranya bestlahh jugak ada classmate ramai2. Tapi bila naik sem 1 ni dah berpisahlah semuanya. Well tipulaa kalau aku kata aku kenal semua pelajar dalam kelas aku. Ada yang aku kenal muka, tak kenal nama and ada yang aku kenal nama and tak kenal muka. Ada jugak yang kadang2 dalam grup whatsapp bising, tapi bila dalam kelas senyap and macam2lah.

Masa kelas PPi yang last minggu lepas, prof buat jamuan raya. And prof wajibkan semua kena buat persembahan. Aku rasa kelas PPi hari tu yang paling best. Semua pakat nyanyi sama2 and even kumpulan aku agak hambar persembahannya, tapi bila kami habis je semua tetap tepuk tangan. Support member laa kekononnya><

Actually aku nak upload gambar, tapi gambar2 semua dalam phone. Malas pulak nak copy dalam lappy, sebabnya sekarang ni aku tengah tunggu nak masuk azan asar. Bila siap je solat asar japgi, aku terus angkat kaki dari bilik ni, gi hantar kunci bilik kat pejabat kolej, pergi makan and naik bas balik kelantan. Wuhuuu eksaitedd lah weii. Nantilah bila sampai dah sampai Kelantan aku update balik entry ni and letak gambar banyak2. kchaww luu sebab roomate aku kata dah nak masuk waktu :*