good bye sem khas :(



   

ni post aku yang kedua kat uthm. sebab harini aku tetiba rasa rajin nak update blog. hahaha teruk betul kan ?  >< tak sangka dah nak hampir dua bulan aku kat sini. sebenarnya, aku tak masuk sem 1 lagi. sekarang ni aku baru berada kat sem khas. bagi aku sem khas ni best laa. sebabnya kelas aku hanya 3 hari je seminggu. 4 hari lagi terbongkang kat bilik. muahahaha pastu pulak aku belajar 3 subjek je dalam sem khas yakni subjek pengajian islam. subjek ni bagi aku macam recall balik laa subjek syariah islamiah zaman spm dulu. tajuk2 semua lebih kurang je. pastu subjek kedua aku kat sini ialah subjek pengantar kenegaraan. subjuek ni pulak lebih kurang macam sejarah laa di mana kau akan belajar segala macam tentang melaka and pembangunan malaysia and pemerintahan di malaysia and so on lahh. pastu subjek ketiga di subjek academic english. subjek ni dia latih kita untuk muet. tapi untuk final exam sem khas ni hanya untuk subjek pengajian islam and pengantar kenegaraan je. untuk academic english ni dia ada test jugak and test dia macam test muet yang sebenar. ada writing test, speaking test, reading test and listening test. semuanya guna format muet yang sebenar. cuma bezanya examiner tu lecturer kitorang sendiri.

aku cuma ada minggu depan seminggu je lagi untuk belajar. 1/8 ni dah exam :( kalau aku cakap aku tak berdebar tu nampak sangat laa tipu kan. sebab ni merupakan exam aku yang pertama kat sini. tambahan pulak, result sem khas ni akan effect untuk sem 1 nanti. kalau result okay tu takpe, tapi kalau KO tu wasslam jelah. and kalau tak lulus, nanti kena repeat balik sem 1 nanti sebab lect aku kata pengajian islam dan pengantar kenegaraan ni subjek wajib or subjek asas or something like that laa. LOL aku lupa =='

untuk subjek pengajian islam, lect aku nama dia prof. dawilah. masa awal2 kelas dulu aku ingatkan dia ni jenis yang garang. tapi tak. prof ni sporting gila. tapi kalau kau dah buat hal memang lah dia marah. and untuk setiap subjek ada presentation. untuk subjek ni, kumpulan aku nama Al-Mawaddah. masa first class, yang aku kenal hanya lahh Atin dengan Mai si roomates aku. pastu hari tu jugak prof suruh bentukkan kumpulan and satu kumpulan 10 orang. so masing2 tak kenal and tak tahu macam mana nak bentukkan kumpulan. so prof pun suruh buat kumpulan ikut baris. sebab satu baris 5 orang. so setiap dua baris tu satu kumpulan. maka dari situ bermulahlah kumpulan al-mawaddah. masa perjumpaan yang first tu semua krik krik tak tahu nak cakap apa. hahaha lucu. tapi bila dah selalu jumpa tu jadi makin rapat. nak bertepuk tampar nak gelak kuat2 tak ingat dunia pun dah boleh. nasib baik semuanya jenis yang masuk air jugak. bila tiba hari nak kena present, kami semua dah berpakat laa nak pakai baju warna apa, tudung warna apa sebab keseragaman pun  ada markah. so bila tiba je turn kami, ada masalah teknikal. projector tak dapat nak detect laptop Huurun. so dalam sepuh minit pun masalah tu tak selesai lagi, so prof pun suruh kumpulan lain present dulu. kecewaa sungguh rasa. pastu time kumpulan lain present tu kumpulan kami memang tak fokus sangat dah sebab tengah nak baiki masalah laptop tu. tapi malangnya bila masalh dah selesai, and kitorang cakap kat prof yang kitorang dah ready nak present tapi prof cakap dia ada meeting pulak lepas tu and kelas kena habis awal. pastu prof cakap jangan sedih2 minggu depan pakai baju warna lain pulak. hahaha pastu dia tanya kumpulan kami nak pakai baju warna apa minggu depan sebab dia nak pakai warna sedondon and nak ambik gambar sekali. hahaha tu kira nak ambik hati lettew sebab kitorang cakap kitorang kecewa +frust sebab dah pakai sedondon tapi tak jadi present ><






hahaha tu gambar masa hari presentation tak jadi. bila dah kelas dah tamat and budak2 lain semua dah keluar tapi kami stay lagi sebab nak make sure yang masalah tu betul2 dah settle :)
FINALLY !!!
bila minggu depannya tu , everything went well. alhamdulillah. and prof tunaikan apa yang dia cakap. hahaha dia pun pakai baju warna biru pastu dia ajak bergambar.



tapi dalam gambar baju prof nampak macam warna putih sebab dia pakai warna biru cair. bila kumpulan kitorang habis je present, prof pun keluarkan fon dia and suruh pelajar lain tolong ambikkan gambar. nak posng lebih2 malu laa sebab kat depan kitorang masa tu ada 111 pelajar yang lain >< so bila dah habis kelas, kitorang pergi laa jumpa prof and tanya pasal kitorang punya presentation tu. alhamdulillah prof cakap okay. pastu kitorang tak puas hati dengan gambar yang ambik tadi, and kitorang mintak laa nak selfie dengan prof. 

tadaaa !! prof layankan je hahaha. pastu kitorang cuba nasib lagi cakap nak buat boomerang. tak kusangka tak ku duga prof layankan jugak. hahaha sporting sangat lahh. pastu boomerang tu aku upload kat instagram, saja nak suruh budak lain jeles sebab tak dapat buat boomerang dengan prof ;P 



:P tu time ondewayy balik dari kelas. perempuan dengan selfie berpisah tiada. haha pastu minggu depan prof nak buat majlis laa sikit2. kiranya majlis perpisahan laa sebab minggu depan dah last kelas dengan dia. so dia nak semua kumpulan buat satu persembahan. aduyaii pastu kitorang decide nak buat nasyid. wakakaka lawakk lah >< siap beli flower crown bagai nak pakai minggu depan. padahal bila tanya kumpulan lain diorang kata nak buat simple2 je. ada yang nak buat sesi teka teki, pantun and so on. and barulah kitorang sedar yang kumpulan kitorang ni dah macam lebih2 pulak. haha kita tengok jelahh apa jadi minggu depan ni ._.

okayy now untuk subjek pengantar kenegaraan pulak. untuk subjek ni pun kena present jugak. tapi dengan ahli kumpulan untuk subjek ni aku tak rapat sangat. sebab bila time nak bincang, semua fokus and cakap psal perbincangan tu je. bila perbincangan dah selesai, semua terus balik bilik masing2. grup whatsapp pun krik krik. haha bak kata orang mat saleh, the ice doesn't break yet. tapi okayy laa, assignment disubmit sebelum tarikh, and presentation pun went well. gambar sama2 ahli kumpulan pun takde, hehe lucu kan?

and for the last subject, academic english. untuk subjek ni seksyen aku ada dua lects. sorang tekankan untuk speaking and listening, and sorang lagi tekankan untuk writing and reading. and masa speaking test, aku jadi first candidate. hahah aku hentam je apa yang aku rasa nak cakap >< pastu bila dah siap, madam cakap dah boleh balik. haha aku datang pukul 8 pagi, pukul 8.30 dah boleh balik. 

so, overall sem khas ni best je. belajar pun rilek je. jadual tak pack sangat. ehh salah, bukan tak pack sangat, tapi sangat-sangatlah tak pack. kelas pagi 3 jam, pastu malam pulak 3 jam. haha tapi kadang2 boring jugakk bila hari cuti. aku sama2 mereput dengan roomate yang lain . nasib baik lahh aku dapat roomate yang sekepala. budak bilik depan cakap bilik kitorang paling bising. hahahahahaha

Fatin Nazifah. kitorang panggil atin je. atin ni pun orang kelantan. budak gua musang. sebelum masuk diploma ni, dia dah buat pra-diploma dah kat uthm ni selama 3 bulan. so kiranya dia lebih arif laa pasal u ni berbanding dengan aku. atin, tengs sebab jadi rumet aku. even kita baru kenal sebulan lebih, aku selesa je dengan kau. tengs sebab sanggup teman aku pergi dobi pukul 1 pagi. tengs teman aku pergi tandas malam2. tengs sebab selalu teman aku stay-up. teng sebab selalu jadi pendengar masalah aku sepanjang aku kat sini. tengs sebab jadi partner karoke aku. tengs sebab jadi partner menjerit aku. hahaha yang tu lucu. serius aku tak sangka bila dah masuk u pun aku akan jumpa partner yang suka menjerit macam aku. pastu kalau aku nyanyi, kau mesti sambung. sambil haifa dengan mai geleng kepala. hahaha ohh one more, atin pun gila selfie. nampak je aku pegang fon, terus datang nak selfie. eii tak malu. hahaha 

Maizatul Anis. panggil Mai je. mai ni orang melaka. zaman sekolah dulu mai ni atlet. dia masuk sukan memanah. mai, tengs teman aku layan kpop. sungguh aku tak sangka kau layan kpop jugak. hahaha kau layan je kalau aku bercerita pasal kpop, tambah2 lagi pasal exo walaupun kau minat bts. hahaha pastu kita pun gaduh pasal bias sape lagi hensem or whateverlaa . hahaha sungguh takde motif. pastu, setiap kali aku nyanyi lagu english, kau pun join jugak. kalau dengan atin aku karoks lagu2 malayu je, and lagu english aku karoks dengan kau. hahaha tengs sebab tolong aku time aku gastrik dulu. tengs sebab selalu ambik kisah pasal makan minum aku. selalu je kau tanya makanan aku pedas ke tak sebab kau tahu aku tak boleh makan pedas. tengs sebab selalu teman aku lintas jalan. tengs sebab selalu risaukan aku kalau aku balik naik bas, tak pun kalau aku duduk bilik sorang2. tengs sebab selalu kejutkan aku bangun solat subuh pagi2, and solat asar kalau aku tidur petang. hehehe tengs tau kau banyak sangat tolong aku.

ni gambar first aku dgn mai. hari kedua kai kat uthm :)

Siti Nur Haifa. panggil Haifa. haifa pun budak kelantan jugak. kalau atin dengan mai ni diorang jenis yang gila2 jugak. haha tapi haifa ni tak. haifa ni jenis yang lembut ayu cenggitu haa. hahaha kecik molek je orangnya. haifa, tengs sebab selalu nasihat aku pasal tu pasal ni. pastu selalu share pasal2 agama dengan aku. tengs jugak sebab selalu dengar masalah aku. pastu kalau aku down, kau pun akan datang dan tanya apa masalah aku. pastu selalu teman aku nak pergi beli apa2. hahah haifaaa, yang paling best kau layan je aku, atin dengan mai memekak dalam bilik. walaupun kau tak join sekali, tapi kau tetap layang je, sambil2 geleng kepala hahahahaha.

gelak sambil tutup mulut :D comel betull >< haha

haa tu semua rumet-rumet kesayangan aku muahahaha. sebenarnya aku  cerita pasal rumet ni sebab bila naik sem 1 nanti ni, kitorang semua kena pindah bilik. maknanya akan dapat rumet yang baru.  kalau ikutkan hati memang taknak, tapi nak buat macam mana. dah memang peraturan dia kat sini macam tu. setiap sem akan tukar bilik and setiap sem akan dapat rumet baru. aku harap rumet baru aku annti ni akan sama macam macam korang. kalau ikutkan aku sebenarnya pun jenis yang susah nak bergaul dengan orang lain. tapi kat sini, atin dengan haifa yang datang tegur kami dulu. pastu mai pulak memang jenis yang mudah buat kawan, so aku rasa selesa dengan diorang. nanti untuk rumet yang baru ni, aku taknak laa yang jenis aku tanya sepatah, sepatah dia jawab. tapi apakan daya bukan kuasaku untuk tentukan semua tu :(

so korang, aku nak mintak maaf kalau sepanjang kita kenal ni aku banyak buat salah kat korang. aku tahu aku selalu memekak dalam bilik, so maaflaa kalau ke-memekak-an aku tu kacau korang study ke buat kerja ke layan movie ke apa2 jelah. sorry jugak kalau selama ni korang mintak tolong aku buat tak layan ke, tertidur atas katil korang pastu sampai tercabut cadar ke, terguna barang tanpa mintak izin ke, terbuat tak dengar kalau time korang panggil ke, terkeluar ayat2 pedas tahap samyang spicy chicken ramen ke, terbuat muka annoying ke, tertepuk tampar kat mana2 ke, tak pun kalau jam loceng aku mengganggu tido korang ke dan segala ter lagi lahh.

sebenarnya aku happy je dengan korang selama hampir dua bulan aku kat sini. keluar pergi BP Mall sama2, lawan bowling sama2, layan movie sama2 and banyak lagilahh kalau aku nak list ni tak cukup space kot. muahahahah pastu yang paling takleh blah, hari kedua kita tak sini, semua dah acah2 sakit. padahal yang dapat MCnya aku sorang, tapi semua tumpang sekaki. yang tu pening laa, yang tu sakit perut laa, yang tu demam laa. semuanya sebab taknak join explorace. so hari tu satu bilik tak join MHS, semua duduk kat bahagian budak2 sakit. hahaha pastu tukar nama grup whatsapp jadi Geng Acah2 Sakit. hahahaha i will miss that moment tho. Even kita semua pernah bermasam muka, merajuk laa, buat2 tak layan and etc, tapi sungguh aku happy je kenal korang :)


G4A-316 the best :)
jalan petang2 :) ada mina sorang kat situ


keluar jalan2 BP Mall :D

:)

hahahaha sengeh sampai pejam mata ><

peace

keluar BP Mall, lawan bowling. haifa menang. kbye

sebenarnya, kat sini pun ada jugak budak2 Dato' Perdana. time balik raya hari tu aku balik dengan diorang lahh. naik bas sama2.








hmm macam sedih pulak bila sem khas ni dah nak habis :( 

p/s : 31/7 dan 1/8 ni aku ada final exam. doakan kejayaan aku ek ;) bila dah habis exam boleh balik kelantan. cuti satu bulan yuhuuuu tashabarrrrrrr ><><><