hari2 di uthm :)


It has been a week aku kat UTHM. And alhamdulillah everything went well. Minggu Haluan Siswa atau MHS which is minggu orientasi dah pun habis. Semalam, hari ni and esok aku cuti. So boleh laa rileks2 sikit. 

30 Mei : dalam pukul 9.30 camtu ahh aku sampai kat UTHM. Pastu daftar macam biasa ahh. Ramai gilaaaaaa kot manusia2 kat sini. Hahaha. Awal2 tu aku macam lost sikit sebab urusan pendafaran tu semuanya pelajar yang kena urus sendiri. Yelaa aku mana biasa buat2 benda ni semua. Tapi alhamdulillah laa semuanya beres. Tangg buat kad matrik tu aku tak puas hati. Buruk gilaa kot muka aku. Bila dah siap sesi pendaftaran tu, dia suruh naik tingkat atas untuk uruskan kad matrik dan baju koporat. Aku yang tengah mengah panjat tangga pun tak hilang lagi, terus orang panggil nama untuk ambik gambar. Dahlaa dengan muka berminyaknyaaa. Ohmaiii -_- okayy enough pasal kad matrik. Bila semua urusan tu dah selesai, dah boleh pergi kat kolej kediaman dah. Aku dapat stay kat Kolej Kediaman Tun Dr Ismail. And you know what, bilik aku tingkat paling atas which is tingkat 3. Dahlaa aku punya bilikk jauh ke belakang, and pastu kena panjat tangga lagi. Huiii penat aku cenni. So bila aku dah kemas baju apa semua, and maa pun ajak keluar makan. Pastu kami keluar laa makan kat kawasan dekat2 ni. Sebenarnya aku sedih masa tu. Sebab aku tahu bila dah siap makan mesti family aku dah nak balik, maka tinggallah aku sorang2 kat sini :( Sebelum family hantar aku masuk U balik, diorang suruh aku beli roti ke biskut ke apa2 jelaa makanan buat bekal. Huwaaa serius aku nak nangis masa tu, tapi aku tahan je. Pastu bila dah siap makan, dah siap beli barang, sampailaa masa aku kena tinggal. Tapi maa, kak ana and adik hantar aku sampai bilik. Aku taknak nangis sebenarnya. Tapi bila dah bersalam peluk cium semua tu aku nangis jugak. Bila aku tengok diorang keluar dari bilik lagi laa bersungguh aku nangis. Tapi aku cover laa depan roomate aku. Cehh hahahahaha. Roomates aku 2 orang Kelantan and sorang lagi orang Melaka. Kira bolehlaa aku cakap Kelantan. Patang tu dalam  pukul 5.30 dah start dah MHS. Pastu malamnya, ada ceramah pasal PTPTN. And laa sesi dengan abang2 and akak2 fasi. Aku suka fasi2 kat sini, diorang semua sporting. Dan juga concern :) so dalam pukul 12.30 tengah malam camtu baru laa boleh balik balik. Sebelum tidur akak2 and abang aku whatsapp, sebab aku ada kol maa aku cakap yang aku sakit perut. Sambil2 whatsapp tu sambil2 nangis. Tapi aku tak bagitau diorang. Hahaha. Bila aku rasa dah puas nangis, aku pun tertidur.

31 Mei : Pagi2 tu awal2 lagi dah kena berkumpul. Takda laa pagi sangat sebenarnya, dalam pukul 6.30 camtu laa. Sepanjang minggu orientasi ni makanan disediakan. So pagi tu diorang sediakan nasi lemak. Sambal dia pedas gilaaaaa. Aku dahlaa xleh makan pedas. And dahlaa aku tengah gastrik. Pastu roomAate aku suruh jugak aku makan nasi, tapi takyah makan sambal tu. Sekadar buat alas perut, taknak bagi perut tuu lagi sakit. Tapi aku makan satu sudu je terus rasa nak muntah. So aku tak makan laa. Pastu time tengah dengar ceramah tuu abah aku ada kol. Aku pun mengadu laa yang aku sakit perut. Pastu dia tanya aku ada tak bawak roti yang beli tu. So dia suruh aku makan roti tu. Sebenarnya aku bawak roti tu, tapi tulaaa. Aku tak boleh nak telan, tiap kali nak telan aku akan rasa nak muntah. Bila dah petang, memang perut aku sakit sangat and aku rasa nak muntah. So aku terus pergi tandas. Tapi aku muntah tak keluar apa2 laa sebab perut aku kosong. Dalam tandas tuu aku kol maa aku sambil nagis2. Hahahaha Pastu maa aku suruh aku bagitau dekat fasi. bIla ceramah dah habis, roomate aku pun bawak aku pergi jumpa akak fasi. Dan lepastu fasi bawak aku pergi Pusat Kesihatan Universiti (PKU). Doktor cakap aku gastrik, and perut aku masuk angin. So doktor tu bagi aku MC dua hari. Lepas siap dah jumpa doktor, aku bagi laa MC dekat akak fasi. Tapi akak fasi kata even aku dapat MC, aku takleh stay kat alam bilik, sebab kalau apa2 jadi dekat aku, tu tanggungjawab diorang. Diorang suruh aku turun jugak, tapi takyah join laa semua aktiviti tu. And malam tu ada ceramah lagi. Aku takleh masuk bilik lagi sebab bila ceramah dah habis baru boleh balik bilik. Tapi malam tu sumpah perut aku sakit gilaa. Aku main nangis je depan fasi. Pastu diorang suruh aku tidur dalam bilik apa entah. Ada akak fasi sorang tu gigih pergi cari air milo untuk aku, waa terharu. Diorang suruh aku baring, tapi aku malu. Aku cakap aku okay jee tidur atas kerusi. Pastu bila aku dah terlelap, akak fasi kejut aku dan suruh aku baring. Since kat dalam bilik tu dah takde orang, aku pun baring je. Pastu dalam pukul 12 camtu akak fasi kejut aku sebab cermah dah habis. Lamaa gilaa aku tidur. Hahaha dahlaa bila aku bukak je mata, bukan setakat akak2 fasi ada dalam bilik tu, abang2 fasi pun ada sekali. Maluuu weiii. Pastu orang lain semuanya balik kolej naik bas, tapi aku naik kereta abang fasi. Aku kan sakit *sambil angkat kening dua kali*

1 Jun : sepanjang aktiviti harini aku tak join. Yang explorace pun aku tak join. Awal2 tu aku rasa macam rugi jugak tak dapat join explorace sebab nanti dia bawak kita round satu U. Tapi tak lama selepas bermulanya explorace, bumi Batu Pahat ditimpa hujan. Hahaha so explorace batal.

2 Jun : Hari ni ada program Starting School. MC aku dah habis, so aku kena join lah. MC aku untuk 31 mei dan 1 jun jaa :( hahaha tapi program ni okayy je. Masuk kelas, jumpa lecturer, buat kerja berkumpulan, and kena present. 

3 Jun : hari last MHS. Malam tu ada malam kebudayaan, kat sini dia panggil Malam Warisan Bangsa. Sepanjang minggu orientasi ni, malam ni laa yang paling best rasanya. Kemain kuat aku menjerit, sampai hilang suara. Nak taip panjang2 malas pulak rasanya seba jari aku dah letih buat tapu yang kat atas tu. Hahahahahaha

4 Jun : CUTIIIIIII ! Hari ni kerja aku tidur je. Dari pagi sampai laa petang. Hahahahaha pastu malam tu sepupu aku datang melawat and bawak mcd sekali. Macam tahu2 je aku tengah nak makan mcd, tapi malangnya dia tak bawak mcflurry :( bila sepupu aku dah balik, aku terus naik bilik. pastu sambung layang movie dengan roomates. Dalam pukul 2 - 3 pagi baru tido rasanya malam tu.

5 Jun : hari ni yakni hari aku tengah menghadap laptop gigih menaip benda ni walhal aku tahu takda orang nak tahu. hahahaha

Overall aku enjoy je sepanjang aku duduk kat sini, kecuali part aku gastrik tu. Kesian maa aku, dengan dia2 skali nangis sebab aku. Huhuu sorry maa :( MHS best. Kalau part yang dengar ceramah tu biasalaa kan mesti mengantuk. Dengar ceramah kat mana2 pun mengantuk bagi aku. Hahaha tapi kat sini, walau aku mengantuk pun aku tak berani nak tidur. Sebabnya akan ada cameraman yang akan snap gambar kita tidur, pastu buat montaj and tayang bagi satu dewan nampak. Huiii maluu aihh. Abang2 and akak2 fasi semuanya baik. Sepanjang MHS ni, diorang asyik ajar tepuk, ajar joget, ajar nyanyi and kadang2 diorang buat lawak hambar yang takda sapa faham. HAHAHAHAHAHA kalau part joget aku paling suka joget penguin. hahaha tapi yang laki opkos suka joget ciketum -_- hmm tu je laa kot yang aku nak kongsi. Actually ada lagi benda yang aku nak cite, tapi aku rasa macam dah malas nak menaip. Nanti bila akurajin aku cerita la. hahah kbye xD