GRADUATION DAY!!


hello. Malam ni aku nak cite pasal majlis graduasi kat sekolah aku. Pada 4 Mei 2016 yang lalu, SMK Dato' Perdana telah mengadakan majlis graduasi utk pelajar cemerlang SPM & STPM 2015. Alhamdulillah aku pun termasuk dalam salah sorang graduan pada hari tu. Heee


 Pagi tu, semua graduam kena berkumpul di sekolah pukul 8 untuk pendaftaran dan pengagihan jubah. And lepas tu ada final rehearsal pulakk. So sebab rumah aku dengan sekolah taklahh jauh sangat, pagi tu aku drive pergi sekolah sendiri dulu dengan Wisyaa. Jadi taklah mama aku kena tunggu lama. Pukul 8.02 minit aku dan Wisyaa dah sampai kat sekolah. Pastu kitorang gi daftar and ambik jubah. Oleh disebabkan ramai lagi graduan tak datangg, so kitaorang selfie laa sepukul dua duluu. Hahahahaha acah2 grad kat universiti ;P and dalam pukul 9 gitulahh kot kiaorang kena berkumpul di dewan utk final rehearsal. So bila majlis dah nak mula, barulahh mama aku datang. Kalau dia datang dengan aku pagi tadi, mesti lama dia kena tunggu. So pagi tu dia pergi sekolah dulu. Bila dah habis kelas barulah dia datang kat sekolah aku pulak. 

And macam biasalahh, ucapan alu-aluan oleh pengeua, ucapan perasmian oleh pengarah pendidikan kelantan and lepastu barulahh sesi menerima anugerah. Haishh berdebar sangat aku rasa. Walaupun tu bukan first time aku naik pentas, tapi aku tetap rasa berdebar. Stage fright mungkin? Hahahaha pastu Ecah, selaku graduan terbaik dipanggil utk memberikan ucapan. Hahaha daebaklahh Ecah! Tablemate aku lahtuu XD

Bila majlis dah selesai, aku pergi kat mama aku and ambik gambar dengan dia duluu. Tapi malangnyaa, gambar2 tu semua kabur :( sobs sobs sedihh aku tengok gambar tuu . Hahaha semua parents dijemput ke kantin sebab ada jamuan sikit2. Tapi my mum kena balik ke sekolah dia balik. So bila aku dah puas bergambar dengan dia, dia pun kena ba;ik sekolah balik dahh. Maka tinggallah aku kat sekolah tuu. Pastu cikgu mintak semua graduan berkumpul untuk ambil gambar ramai2.


Fivers D'Perdana 1115




Ibnusinaians 1415

Tu gambar dak2 kelas aku. Alhamdulillah, 98% budak kelas aku semua layak terima anugerah pada hari tu. Yang kat dalam gambar tu, Pikah A, Korie and Iva are missing. Taktau diorang menghilang kat mana -_- And also Eliss and Tikah yang tak dapat datang pada hari tu :(

Bila dah selesai semua majlis tu, aku, Wisya, Adell, Ipah dan Amalia rancang nak hang out. Tapi sebelum tu kitorang balik rumah aku dulu untuk tukar kereta. Ofkos laa my mum tak kasi aku drive pi KB :( So kitorang gerak dengan kereta Wisyaa, and opkoss laa Wisya yang drive. Aku tak berani nak drive kereta orang. Tanak ambil risiko. 

Since kitorang gerak sebelum zohor, and dalam perjalanan tu barulah orang azan. So berhenti solat jap kat masjid kubang kerian. And guess what, ada dua orang makcik gaduh dalam masjid masa tu. Aku pun taktaw diorang gaduh pasal apa Nasib baiklahh masa tu kitorang semua dah siap solat. Tengah pakai tudung, Pastu ada sorang makcik ni masuk and marah2 kat makcik sorang lagi. Aku pulak yang rasa takut masa tuu. Tak pernah lagi aku dengan orang gaduh macam tu depan2 aku. Siap nak panggil tok imam masjid lagii. So kitorang cepat2 keluar. Taknaklah masuk campur. 

Pastu kitorang sambung perjalanan. Hahaha kesian Wisya time nii. Peningg dia. Sebenarnya kitorang nak pergi Aeon jee, tapi Wisya cakap dia tak ingat jalan. So aku suruh dia ikut jalan istana, tapi Ipah suruh dia ikut jalan kbmall. Lastly, Wisyaa pun guna waze. Waze tunjuk jalan yang aku cakap, tapi Ipah cakap jalan tu jauh, better ikut jalan tepi kbmall. Tengok betapa bersungguhnya Ipah, so Wisyaa ikut jalan Ipah. And kitorang cakap kalau sesat ke apa semua salah Ipah. Hahahahahaha alhamdulillah selamat sampai Aeon. Nak pergi Aeon pun kecoh kahkakah

 
Tadaaa, kenalaa ambik gambar sebagai bukti XD









Memang takda motf sungguh. Pusing2 dalam tuu, tapi takde sape pun beli apa. Hahahahaha bila dah lenguh kaki buat jalan2, kitorangg pergi laa makan. Heh, makan pun kitorang order Hot and Rolls jee kikiki . Hampir2 pukul 4 camtuu kot kitorang barulahh nak balik. Memang takde motif sungguh, saje je menghabiskan minyak kereta Wisyaa. Hahahaha mianne Wisyaa 

Amalia stay kat pasir mas which is jauh laa kalau nak hantar dia kat rumah. So Amalia awal2 lagii dah janji dengan ibu dia supaya ambil dia kat Aeon. So masa otw balik tuu hanya ada aku, Wisya, Adell and Ipah jelahh. Pastu kitorang pergi hantar Ipah kat rumah dia. Fuhh, jauh gilaaaaaaa kot rumah dia. Adalaa hampir dua jam otw ke rumah dia sajaa. hahaha lepas hantar Ipah, hantar Adell balik Pasir Tumbuh pulak. Nasib baik laa Ipah tunjuk jalan yang cepat sikit untuk ke pasir tumbuh. Aku tak tahu jalan apa, tapi yang pasti jalan tu tembus kat pasar Ketereh.

Masa tu dah pukul 6.30 petang, and kitorang tak solat asar lagi. Sebab jalan yang Ipah tunjuk tuu memang betul2 jalan kampung. Memang takda masjid pun. Pastu jumpa laa masjid. Dah laa masjid tuu tengah renovate, tapi takpelaa janji boleh solat. Dah siap solat, kitorang terus ke rumah Adell.

Bila dah hantar Adell, tinggallaa aku dengan Wisyaa je lagi. Sebenarnya Wisyaa ni jiran aku. And kat dalam kelas, rumah aku dengan Wisya adalah antara yang terdekat dengan sekolah. Dalam 7-10 minit camtu sampailaa. Yang lain semua stay kat KB, Pasir Puteh, Machang, Kok Lanas, Jeli, Ketereh and Gua Musang. Yang stay kat Bachok berapa kerat je walaupun sekolah tu terletak di Bachok. 

Dalam pukul 7.30 petang camtulahh aku sampai kat rumah. Letih tu sudah semestinyaa, tapi aku happy je. Sebab lepasni masing2 dah bawa haluan sendiri. Entah bila pulak boleh berkumpul spend time sama2 maca ni lagi :)