Aku redha :')

Keputusan UPU dah pun diumumkan. Alhamdulillah, aku dapat Diploma Teknologi Maklumat kat UTHM. Hmmm, oleh sebab kawan2 aku ada jugak yang tak dapat UPU, so aku bersyukur laa sebab aku dapat. Tapi, this is not my first choice. Sedih jugak sebab aku tak dapat apa yang aku nak. Tapi takpelaa, aku redha.

Tipulaa kan kalau aku cakap aku redha macam tu je. Sebenarnya, masa aku cek result UPU tu aku dok atas kereta. Bila aku tengok result aku, aku rasa macam tak percaya. Aku macam tak boleh terima camtu aa. Hahaha pastu aku cek lagi sekali. Pun tetap sama jugak result dia. Aku macam teragak-agak nak bagitahu maa. Sebab aku letak harapan tinggi kot dekat U yang aku tak dapat tuu. Bukan aku sorang, my family especially abah pun harap aku dapat kat situ. Tapi nak buat macam mana, dah takde rezeki. Lepas dapat tahu aku punya result, aku rasa nak nangis. Seriuss tak tipu. Aku terus hantar whatsapp dekat Kakpahh and Ecah. Sedih gilaa aku rasa. Aku nak nangis, tapi aku tahan sebab aku dok atas kereta sekali dengan family aku. 

Bila sampai je rumah, aku terus masuk bilik. Aku nangis. Tapi kejap je, pastu aku keluar bilik and join family aku tengok tv. Aku fikir, kalau aku duduk dalam bilik tak keluar, opkos laa diorang semua tahu aku nangis, sebab diorang tahu aku sedih. Tapi aku sedaya upaya taknak tunjuk kat diorang yang aku sedih. Pastu aku tanya result UPU Kakpahh and Ecah, Kakpah dapat U yang dia nak. Ecah pulak, dia tak dapat U yang dia nak, tapi dia dapat U yang aku nak. Tapi takpee, aku tak dengki pun dengan Ecah. Dah memang bukan rezeki aku kan. Terima jelahh. Aku happy je untuk diorang dua orang. Esoknya, aku try cek balik dengan harapan result aku berubah. Hahaha entah apa2 kan? Tapi amat mustahil laa kan benda gituu nak jadi.

Masa aku sorang2 kat rumah, aku terus kol Elizabeth. Masa kol Elizabeth tu, aku nangis puas2. Hahaha lucuu laa. Aku sedia maklum yang Elizabeth nii memang tak pandai nak pujuk2, tapi at least dia dengar apa yang aku cakap and dia faham aku. Sepanjang aku sekolah menengah selama 5 tahun, dia laa satu-satunya yang betul2 faham aku. Sejak dari zaman form1, sampailaa form5, dan sampailaa sekarang dia selalu je ada untuk dengar masalah aku. Aku ngadu puas2 kat Elizabeth. Dah lepas puas nangis dah, Elizabeth pun ada laa bagi kata2 semangat kat aku. Dia memang kawan yang betul2 faham aku. Kalau zaman sekolah rendah aku ada Ecah and Kakpahh, sekolah menengah pulak aku ada Elizabeth.

Maa abah pun ada cakap yang kos yang aku dapat tu not bad. Aku memang minat IT. Sebenarnya masa form4 pun aku nak tukar masuk kelas IT, tapi dah penuh. Ohh yaa, masa lepas dapat tahu result UPU tuu, memang group whatsapp tak henti2 berbunyii. And aku langsung tak share result aku dengan sape2 pun, kecuali family aku, Kakpahh, Ecah and Elizabeth. Most of my friends dapat diorang punya first choice. Alhamdulillah, aku tumpang happy untuk diorang. Beberapa kali jugaklaa nama aku dimention dalam group sebab nak tahu aku puya result, tapi aku tak reply. 

Bila aku dah redha dengan aku punya result, baru laa aku reply satu persatu whatsapp. Ada yang whatsapp aku secara personal utk tahu aku punya result. Aku redha, and aku terima je dengan hati terbuka. And InsyaALLAH, nanti 30 Mei ni aku sampai laa kat UTHM untuk daftar.

Sebenarnyaa aku takut jugak. Yelaa, aku tak biasa duduk asrama. Aku pernah duduk masa zaman form3 je, tu pun tak sampai setahun. Bila masuk je bulan puasa, terus aku keluar. So macam manalaa aku nak puasa kat U tahun ni? dahlaa Johor dengan Kelantan tuu jauh. Kalau zaman aku duduk asrama duluu, kalau homesick je aku fly balik rumah. Hahaha macam mana laa nak berdikari nanti --' Bila aku cakap aku takut, bimbang, risau and semualahh, maa aku pun cerita zaman dia masuk maktab duluu. Dia cakap dia duluu lagi susah, masa tu mana ada handphone lagi. And dia cakap zaman sekarang dah senang, kalau rindu boleh je terus telefon, takpun video call terus. And abah aku kata, kalau niat kita nak belajar, insyaAllah Allah akan permudahkan semua urusan kita. Yang susah pun akan jadi senang.

"Orang yang berjaya adalah oarang yang kuat" -Maa

 Maa cakap, kalau nak berjaya kena kuat. Kena kuat dr segi fizikal dan mental. Tak kisahlahh payah mana sekali pun, kita tetap kena hadapi. Jangan mudah putus asa. Kalau sikit2 dah give up, macam mana nak berjaya? Sumpah aku rasa sedih gila petang tuu bila maa dan abah cakap macam tu. Tapi aku tak nangis, biasalaa ego. Mana nak tunjuk yang kita ni sedih kan? Hahaha entah pape je.

So, sape dapat diploma teknologi maklumat kat UTHM sama macam aku? Angkat tangan mehh. Manalaa tahu kita boleh jadi kawan pasnii. Hahahahaha doakan aku ye semuanya. Semoga semua urusan aku dipermudakan. Aminn :)