tuan tanah dah kembali :)))


Hampir setahun lebih kot aku tak sentuh blog ni. Tahun lepas aku stop blogging sebab kengkononnya nak focus utk SPM. Tapi hampehh. Aku tak blogging, aku layan twitter, insta, and banyak lagi benda yg melalaikan. Hahahahahaha.

Sebenarnya niat aku nak sambung sebaik sahaja habis paper last aku utk SPM yakni paper biologi kertas 3. Tapi oleh disebabkan sifat malas yg begitu menebal dalam diri, niat hanyalah sekadar niat. Kengkononya aku nak laa cite pasal ke-hectic-an aku jadi budak SPM, nak cerita pasal aku down sebab result trial aku jatuh, nak cerita pasal aku pergi lawatan pengantarabangsa ke Vietnam, nak cerita pasal lawatan ke Cameron Higland, nak cerita pasal konflik aku dengan cikgu addmath, nak cerita pasal aku pengetua lama aku dah pencen, nak cerita pasal aku dapat pengetua baru, nak cerita pasal atuk sedara aku jadi pengawas SPM, nak cerita pasal soalan SPM sejarah yang ptffff, nak cerita pasal bbq dgn budak2 ibnusina 1415, nak cerita pasal semualahhh. Tapi hampehh. Hari ni baru aku rasa rajin nak jenguk blog nii. Well, anyone miss me? Hahahaha aku tahu aku memang tak dirindui. Sobs sobs :(

And semua tu aku tak terceritaa. Nak aku cerita balik satu2 tu memang aku malas! Tapi aku ada jugak laa niat nak cerita pasal trip ke vietnam tu. Tapi tengoklaa kalau aku rajin aku ceritaa. Yang aku cerita pasal trip ke singapore tu pun aku tak letak gambar. Sebab apa? Yess, sebab aku malas! So kiranyaa semua yang aku nak cerita tu cukuplahh aku sahaja yang tahu. Hahahaha .

Sejak dah habis SPM, aku rasa sangaaaaaaat suka. Sebabnya dah tak payah fikir apa2. Makan, tido, tengok tv, scroll ig dan ulang benda yang sama tiap2 hari. Aku raya sakan sungguh pada minggu first merdeka tuu. Tapi lepastuu barulaa aku tahu apa itu erti bosan. Dalam pertengahan bulan disember 2015, aku dah start masuk kelas memandu. Dan alhamdulillah aku telah berjaya mendapatkan sekeping lesen P kelas D dengan jayanyaa tanpa perlu merasuah abang2 JPJ. Haha kemain aku bangga sebab tak perlu retest. So kiranya sekarang nii kalau nak keluar mana2 pun senang laa boleh gerak sendiri, tak perlu orang hantar lagi dah.

Oleh disebabkan aku dah pun dapat lesen, so pada hari nak ambil keputusan SPM tu aku mintak nak drive sorang2 pergi sekolah. Malangnya aku dapat a very strict no from both of my parents. Sungguh malang nasibku sobs sobs sobs. Aku mintak camtu sebabnya aku taknak parents aku gi sekolah jugak time aku nak ambil resutl tuu. Kalau laa aku dah sedia maklum dengan result aku awal2 takpelaa. So setelah dipujuk rayu, akhirnya maa dan abah suruh kak ana hantar aku gi sekolah. Tapi lepas hantar tu kak ana balik laa, maknayaa aku berjaya laa halang maa abah dr datang ke sekolah. Muahahahaha kejam kan? Tapi ingat senang ke maa dengan abah nak setuju. Diorang setuju dengan syarat lepas dapat result aku terus roger2 diorang. Tak kisahlaa result aku tu teruk macam mana sekali pun. So aku pun angguk kepala tanda setuju jelahh. And alhamdulillah, keputusan SPM membuatkan maa dan abah senyum lebar. Hahaha syukur alhamdulillah :)

Bila tengok aku punya result SPM, aku bersyukur sangat sebab aku tak drop bahasa arab masa form 4. Padahal pada awal tahun form 4, aku dah request kat cikgu untuk tukar kelas. Aku nak ambik ICT and aku nak drop bahasa arab. Tapi malangnya cikgu kata kelas ICT dah penuh. So aku pun terpaksalaa stay kat kelas tu. And terpaksalaa aku gendong 11 subjek utk SPM. Kejam gilaa kan guna perkataan terpaksa? Hahaha awal2 pun memang laa aku rasa terpaksa, tapi lama2 blaja aku rasa okay je. Macam best pun ada. Dan alhamdulillah aku dapat A+ utk bahasa arab. hahahah aku sendiri tak percaya sebenarnyaa. kikiki betul laa kan, setiap yang berlaku tu pasti ada hikmah :)

 “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”

Dan sekarang aku masih lagi menjadi seorang pengganggur terhormat kat rumah ni. Tengah tunggu mana2 U yang nak terima aku. Hahaha ekceli hari tu aku dapat iv utk satu U ni, tapi aku lambat check, and tarikh iv dah lepas. Tahu tak betapa remuk hati aku masa tuu. Tapi takpelaa. Mungki Allah nak bagi rezeki kat aku dengan cara lain. Yang penting kita husnudzhon okay?

Tadi aku baca balik aku punya post2 yang dulu. Wahahahahahaha sungguh laa tak matang. Tapi aku taknak delete. Saja nak buat kenangan. Masa tu cerita entah apa2 entah semua aku nak tulis dalam ni. Padahal takde orang baca pun. Aku termalu dengan diri sendiri sekejap. Hahahaha kbye :)