Lawatan Ke Langkawi :)


pada entry sebelum ni , aku ada cite pasal lawatan pengantarabangsaan ke singapore kann ? dah baca ? kalau belum silakan baca yee . *promote promote*

pada minggu lepas , aku bersama 14 pelajar smk dato' perdana pegi langkawi . cite sebenarnya macam ni : sekolah aku dapat bas free 5 bijik . pakai pegi langkawi 2 bijik , budak pt3 guna buat lawatan 2 bijik , maka lebihlahh satu bijikk lagi . ingtnyaa dah taknak guna dah bas yg sebijik nii sebab dah cuti sekolah . tapi jpn tak kasi . dia cakap kena guna jugak sebab kos bas dah dibayar .

pk hem aku pon contact laa dgn budak2 . pakai ambik je sape yg nk pegi . kiranyaa terbuka laa . sebenarnyaa dia buka ke kelas aku dulu , tapi ramai yg xleh pegi . so bukaa je la kpd kelas lain . kumpul2 14 org je pljar yg pegi . yg lain tu cikgu serta anak2 dorang . oh yaa , lupa nk cakap , tambang ni seratus je . sekali dgn makan minum dan penginapan .

5 disember 2014 ; pukul 9 pagi , pelajar2 berkumpul di sekolah . dalam pukul 11 gitu kot bertolak . babaii kelantan :) petang tu , singgah jap kat tempat apa entah . yg pasti dekat jitra kedah . kat tempat tu cantik sangat . dia macam tempat rekreasi gituu . ada tasik , pastu ada org naik bot angsa tuu pusing2 tasikk . pastu ada jual belon yg besaaaaar tu . kitorg main belon tu ramai . best sangatt . sampaikan semua org dah naik bas , tapi pelajar2 semua tak naik lagi . hahaha . alamatnyaa , naik bas tu kena la tadah telinga kat 2 3 minit --' dalam pukul 5 lebih cenggitu , sampai laa kat smk jitra . malam tu tido kat sana . esok baru pi langkawii :))

6 disember 2014 : pagi tu kami pegi melawat smk megat dewa . sambil2 sarapan kat situ . hehe , save bajet :p nak taw takk , ada sorang cikgu laki tu . perghhhh kacak wehh . hahaha . aku tak sure dia cikgu ke apa sbb dia nampak macam muda . tapi budak laki sklh aku ckp dia tu cikgu . hmm , ntahlahh . pukul satu kami naik feri pergi langkawi . bila dah sampai kat langkawi , kami pergi makan dulu . pastu baru check in hotel . satu bilik 4 org . lepas dah siap solat apa semua , kami pergi kompleks hig . g shopping coklat . heee , rambang mata rasanyaa . malam tu balik hotel tengok cerekarama sama2 . yg izzue islam dengan kakak nelydia tuu . sambil2 tu makan nasi goreng yg beli kat kedai . yummehh .

7 disember 2014 ; pagi tu kami sarapan . bila dah kenyang , kami pergi kilang gamat . pastu pergi naik cable car . best woo . bukan best sbb naik cable car , best sebab dapat naik cable car dengan kawan2 . *belit2 eaa ayt akuu ?* hahaha . pastu kami pi makan pulakk , perut dah lapaq wehh . siap2 makan cikgu bawak kami pi kt beras terbakar pulak . adehh penat jalan2 . dah siap shopping2 kt situ , kami pi galeri perdana pulakk . tapi oleh disebabkan pelajar2 dah letih , maka kami semua tak masuk pun , pakat duk tido atas bas . ada air cond , sejukk  . hahaha . cikgu2 je yg masukk . siap melawat galeri perdana , kami dibawak ke billion . tour guider tu cakap kot2 ada nak beli coklat lg or something else bolehh beli kat sini . pastu balik hotel . malam tu kami jalan kaki jee pegi makan . fyi , tu laa first time aku tgk bola kt kedai . mula2 sampai tu org tak ramai lagi . makin lama makin ramai . barulahh ingat yg malam tu malaysia vs vietnam . oleh disebabkan ramai sngt orang lelaki , siap2 makan kami balik hotel terus . sempat gakk aa tengok malaysia goll . hahaha

8 disember 2014 : lepas sarapan kami pergi dataran lang duluu . ambik2 gambo kat situu . dah siap bergambo dahh , kami pergi pulak kat rams . cikgu2 pakat duk beli pinggan manggkuk . sakan aihh depa belanjaa .  hahahaha . masa naik bas nak pergi , muat je letak barang2 . tapi masa nak bali tak muat la pulakk . pastu naik feri balik . petang tuu kami pergi matrik perlis . sambil2 solat kat situ . dekat pkul 6 lebih2 kot baru bertolak balik kelantan . dalam pukul 9 bas berhenti kat gerik . makan dan solat kat situ terus .pukul 10 naik bas balikk . sumpahh waa cakap luu , bas aku naik ni laju gilaa . sbb ada kawan aku sorang ni nak turun kat jeli . dekat2 pukul 1 tu samapi kat jeli . pastu pukul 2 dah sampai bachok . see ? bachok ke jeli at least 2 jam kot . alhamdulillah selamat pergi dan balik .

dear all strangers , thanks sebab dengan adanya korang aku dapat pengalaman yg maybe aku takkan lupa yakni gaduh dengan makcik dan budak laki fom2 . hahahaha . *gaduh di sini lebih kpd perang mulut . dengan makcik2 tak sangat . tapi dengan budak laki fom2 yg kuat . hahahaha . kami saling memampuss kan antara satu sama lain . 

dear cikgu2 , terima kasih sebab sudi ajak kami join lawatan sangt . terima kasih sebab sudi layan kerenah kamii . terima kasih kerana sabar menunggu walaupun kami selalu lambat naik bas . terima kasih atas segala-galanya :)

dear friends , A , Haiqal , Wisya , Kuna , Mimie , Auni , Amaa , Ain , Sue , Qilah , Bai , Aini and Jeq , terima kasih untuk 4 hari yg begitu indah . sebelum kalau kat sekolah kita tak rapat sangat sebab tak sama kelas , tapi di sini we always stick togheter . terima kasih jugak sebab tidak layan aku macam stranger . tahun depan kita fighting sama2 untuk spm okeii ? lepas habis spm kita buat vacation pulakk . sayangg korang :*

ps : kali ni aku tulis entry ni pakai lappy . hahaha . lama dah aku tak sentuh lappy nih . tetiba je hari ni rajin pulak rasanya nak tulis entry nii . babaii . XOXO