al-fatihah buat arwan tokwan



26 mei 2014 . tokwan aku telah kembali ke rahmatullah kira2 hampir pukul 7 . sedih , siyes sedih . tokwan merupakan datuk aku sebelah ayah . bila kakak aku kol suruh aku bersiap2 untuk ke rumah tokwan , aku tanya la nape . then dia tanya aku balik , "wei kau taktau ke tokwan dah takde?" masa tu aku nangis teruss . pastu sambung cakap dengan kakak aku . aku kontrol suara aku baik punya taknak bagi kakak aku tahu yang aku nangis . tokwan mati tiba2 . memang selama ni dia dah tak boleh berjalan dengan baik . kalau berjalan pon pakai tongkat . tapi dia sihat je . takde sakit ape2 . makan pun lalu je . betolla mati tu bila2 je . 

2005 : arwah nenek aku sebelah ayah telah pergi buat selama-lamanya . masa tu aku baru darjah dua . dah sembilan tahun dah . 

2011 : giliran datuk aku pulak pergi . datuk yang ni aku panggil chek . chek ialah datuk sebelah mama aku . aku rapat dengan chek aku . aku teman dia kat hospital . aku teman dia tidur bila dia dah boleh balik kat rumah . dia masuk wad hospital , lebih kurang dalam dua bulan kot . pastu bila balik rumah tu pihak hospital bagi dia bawak mesin oksigen (aku taktau nak panggil mesin apa) . tak lama , seminggu lepas keluar hospital dia dah meninggal . masa ni aku dah form 1 . pihak hospital benarkan arwah chek aku bawak balik mesin tu sebab dia tahu , sape2 yang dah kena bawak balik mesin tu takkan dapat hidup lama . no wonderlah kan . memang sedih sangat . dah tiga tahu dah . rasa macam baru je lagi :')

2014 : giliran tokwan aku pulak . hmmm . 

semoga mereka semua ditempatkan di tempat orang2 yang mulia . aminn :')