Lawatan Ke Langkawi :)


pada entry sebelum ni , aku ada cite pasal lawatan pengantarabangsaan ke singapore kann ? dah baca ? kalau belum silakan baca yee . *promote promote*

pada minggu lepas , aku bersama 14 pelajar smk dato' perdana pegi langkawi . cite sebenarnya macam ni : sekolah aku dapat bas free 5 bijik . pakai pegi langkawi 2 bijik , budak pt3 guna buat lawatan 2 bijik , maka lebihlahh satu bijikk lagi . ingtnyaa dah taknak guna dah bas yg sebijik nii sebab dah cuti sekolah . tapi jpn tak kasi . dia cakap kena guna jugak sebab kos bas dah dibayar .

pk hem aku pon contact laa dgn budak2 . pakai ambik je sape yg nk pegi . kiranyaa terbuka laa . sebenarnyaa dia buka ke kelas aku dulu , tapi ramai yg xleh pegi . so bukaa je la kpd kelas lain . kumpul2 14 org je pljar yg pegi . yg lain tu cikgu serta anak2 dorang . oh yaa , lupa nk cakap , tambang ni seratus je . sekali dgn makan minum dan penginapan .

5 disember 2014 ; pukul 9 pagi , pelajar2 berkumpul di sekolah . dalam pukul 11 gitu kot bertolak . babaii kelantan :) petang tu , singgah jap kat tempat apa entah . yg pasti dekat jitra kedah . kat tempat tu cantik sangat . dia macam tempat rekreasi gituu . ada tasik , pastu ada org naik bot angsa tuu pusing2 tasikk . pastu ada jual belon yg besaaaaar tu . kitorg main belon tu ramai . best sangatt . sampaikan semua org dah naik bas , tapi pelajar2 semua tak naik lagi . hahaha . alamatnyaa , naik bas tu kena la tadah telinga kat 2 3 minit --' dalam pukul 5 lebih cenggitu , sampai laa kat smk jitra . malam tu tido kat sana . esok baru pi langkawii :))

6 disember 2014 : pagi tu kami pegi melawat smk megat dewa . sambil2 sarapan kat situ . hehe , save bajet :p nak taw takk , ada sorang cikgu laki tu . perghhhh kacak wehh . hahaha . aku tak sure dia cikgu ke apa sbb dia nampak macam muda . tapi budak laki sklh aku ckp dia tu cikgu . hmm , ntahlahh . pukul satu kami naik feri pergi langkawi . bila dah sampai kat langkawi , kami pergi makan dulu . pastu baru check in hotel . satu bilik 4 org . lepas dah siap solat apa semua , kami pergi kompleks hig . g shopping coklat . heee , rambang mata rasanyaa . malam tu balik hotel tengok cerekarama sama2 . yg izzue islam dengan kakak nelydia tuu . sambil2 tu makan nasi goreng yg beli kat kedai . yummehh .

7 disember 2014 ; pagi tu kami sarapan . bila dah kenyang , kami pergi kilang gamat . pastu pergi naik cable car . best woo . bukan best sbb naik cable car , best sebab dapat naik cable car dengan kawan2 . *belit2 eaa ayt akuu ?* hahaha . pastu kami pi makan pulakk , perut dah lapaq wehh . siap2 makan cikgu bawak kami pi kt beras terbakar pulak . adehh penat jalan2 . dah siap shopping2 kt situ , kami pi galeri perdana pulakk . tapi oleh disebabkan pelajar2 dah letih , maka kami semua tak masuk pun , pakat duk tido atas bas . ada air cond , sejukk  . hahaha . cikgu2 je yg masukk . siap melawat galeri perdana , kami dibawak ke billion . tour guider tu cakap kot2 ada nak beli coklat lg or something else bolehh beli kat sini . pastu balik hotel . malam tu kami jalan kaki jee pegi makan . fyi , tu laa first time aku tgk bola kt kedai . mula2 sampai tu org tak ramai lagi . makin lama makin ramai . barulahh ingat yg malam tu malaysia vs vietnam . oleh disebabkan ramai sngt orang lelaki , siap2 makan kami balik hotel terus . sempat gakk aa tengok malaysia goll . hahaha

8 disember 2014 : lepas sarapan kami pergi dataran lang duluu . ambik2 gambo kat situu . dah siap bergambo dahh , kami pergi pulak kat rams . cikgu2 pakat duk beli pinggan manggkuk . sakan aihh depa belanjaa .  hahahaha . masa naik bas nak pergi , muat je letak barang2 . tapi masa nak bali tak muat la pulakk . pastu naik feri balik . petang tuu kami pergi matrik perlis . sambil2 solat kat situ . dekat pkul 6 lebih2 kot baru bertolak balik kelantan . dalam pukul 9 bas berhenti kat gerik . makan dan solat kat situ terus .pukul 10 naik bas balikk . sumpahh waa cakap luu , bas aku naik ni laju gilaa . sbb ada kawan aku sorang ni nak turun kat jeli . dekat2 pukul 1 tu samapi kat jeli . pastu pukul 2 dah sampai bachok . see ? bachok ke jeli at least 2 jam kot . alhamdulillah selamat pergi dan balik .

dear all strangers , thanks sebab dengan adanya korang aku dapat pengalaman yg maybe aku takkan lupa yakni gaduh dengan makcik dan budak laki fom2 . hahahaha . *gaduh di sini lebih kpd perang mulut . dengan makcik2 tak sangat . tapi dengan budak laki fom2 yg kuat . hahahaha . kami saling memampuss kan antara satu sama lain . 

dear cikgu2 , terima kasih sebab sudi ajak kami join lawatan sangt . terima kasih sebab sudi layan kerenah kamii . terima kasih kerana sabar menunggu walaupun kami selalu lambat naik bas . terima kasih atas segala-galanya :)

dear friends , A , Haiqal , Wisya , Kuna , Mimie , Auni , Amaa , Ain , Sue , Qilah , Bai , Aini and Jeq , terima kasih untuk 4 hari yg begitu indah . sebelum kalau kat sekolah kita tak rapat sangat sebab tak sama kelas , tapi di sini we always stick togheter . terima kasih jugak sebab tidak layan aku macam stranger . tahun depan kita fighting sama2 untuk spm okeii ? lepas habis spm kita buat vacation pulakk . sayangg korang :*

ps : kali ni aku tulis entry ni pakai lappy . hahaha . lama dah aku tak sentuh lappy nih . tetiba je hari ni rajin pulak rasanya nak tulis entry nii . babaii . XOXO

throwback : lawatan pengantarabangsaan smk dato' perdana ke singapura



Heyy makhluk2 di bumi sekalian . RIndu aku tak ? Rindu tak ? Rindu tak ? Rindu tak ? Okeii , tahu tak rindu . *pasrah* hahaha . Lama bebenor dah rasanya aku tak hadap belog nii . Alaa , ai bizi la yuu 😓 oleh disebabkan mata aku ni taknak tido2 lagi , jadi aku mengagahkan diri untuk menghadap benda ni pagi2 buta macam nii . Sebenarnya malam ni aku nak cite pasal lawatan pengantarabangsaan sklh aku ke singapore hari tuu . Dah lama dah sebenarnya lawatan ni , awal bulan 9 lagi . Tapi oleh disebabkan aku punya mals tu dah sampai tahap kritikal , apa pun tak bolehh . Ehh , lupa nak gitau , aku dah tuka dah umo tuu . Dah tak sweet 15 lagi dahh , jadi sweet 16 dahh . 

2 september : kami bertlak dr smk dato' perdana yang terchentaa pada pkul 3ptg kut . Aku tak pasti malam tu kami sampai kat homestay warisan tu pkul bpe . Fyi , kmi bertolak dr sekolah ke pekan pahang duluu sbb nk mlwt sklh .

3 september : kami melawat smk ahmad yg terletak di pekan pahang . sekolah tu sekolah cemerlang weii . Turun je dari bas , kami disambut dengan paluan kompang . Boleh laa merasa jadi vip kejapp . Hahaha . Kompang je pon aliahh weh . Perasan lah kau nii --' lpas mlwat sklh ahmad , kami terus bertolak ke johor . Kat johor tu kami stay kat utm . Kami sampai kat utm pon dah dekat maghrib dahh . Pastu ckgu pesan sruh trun pulak nnti sbb nk pegi dinner . Bila dah siao dinner dah , ckgu bg borang apa entah utk msuk sngpore esk . Nak isi borng tu punyalahh lama . Pastu bila dah siap dah , boleh naik bilik , tido . Spoil betulla , baru je nak tido , ckgu arahkan semua berkumpul kt foyer . Adehh . Dah dekat pkul 12 kot . Ckgu mngamuk gila masa berkumpul kt foyer tuu . Rupanyaa ada 2 org budak dia tak ingat nak bawak ic . Okeii , masalahnya kami nak masuk sngapore guna passport berkumpulan , tapi kalau sorang takde , semua tak boleh masuk . Takkan lah sebab dua org tu xbwk ic , semua pljr yg lain xblh msuk sngpore kan ? Ksian cikguu . Memang cikgu mngamuk sakan ahh . Siyesli aku tk prnh lg tgk ckgu tu mngmuk mcm tu sklii . Dgn mngntuknyaa , dengar jelah cikgu mengamuk tuu . Dalam pukul 1 lebih baru kami boleh naik tido . Esoknya pkul  6 dah nak gerak pegi singapore 

4 september :alhamdulillah , walaupun dua org tu takde ic , tpi boleh masuk jugak singapore . Kesian ckgu aku malam tu , dia kol orang tu , kol orang ni , kol orang imegresen , senang kata semualah dia kol . Kt sngpore , tmpt prtama yg kami pergi ialah ke kedutaan malaysi di singapura . Besarr weh tempat tuu . Pastu ada la kakitangan dia dok beri penerangan psal kedutaan ni . Lpas mlwt kdutaan , kami pegi kat marina bay . Dapatlah jugakk aku tengok patung merlion secara depan2 . Hahaha . Alaa , patung merlion tu yang kepala singa tapi ekor duyung . Yang air keluar dr mulut singa tuu . Haaa , yg tu lahh . Pastu kami pegi garden by the bay . SUmpahh cantik gile tempat tuu . Yelaa , fisrt time kan , mestilah eksaited tahap tak ingt . Kt sana aku naik skyway . Best siot . Dari atas tu kita nampak semua yg ada kt situu . Mmng best ahh . Nak  skyway ni kena bayar 5dollar .bapak mahal . Tapi takpelahh , bila lagi kan boleh naik benda alah ni . Hihihi . Pastu dlm lebih kurang pkul 6;30 kami bertolak balik ke johor . Malm tu kami pergi JPO . member aku jumpa fizo omar , siap ambk gmbr lg . Tpi aku tak jumpa ponn :(

5 september : dari johor kami ke melaka pulaa . Destinasi pertama kami di melaka adalah sekolah tun aminah . Kami melawat sekolah tu sebab sekolah tu dah menang anugerat ASAT . 
Peljar STA mmng sporting . Lepastu kami pergi ke ayer hitam . Dah siap beli semua , kami bertolak ke resort apa entah . Bayangkan , dah la bilik sempit , hanya cukup untuk letak katil double , almari , tv dan meja solek . Dalam bilik tu pulakk ada 8 org xsilap akuu . Pastu masa nk mandi tu boleh takde air pulakk . Kami ni nak semayangg oii . nak jamak solat zohor lagii .  Pastu dalam kalut2 takde air , elektrik pulak takde . Disaster sangatt ! Bilik sempit . Tak de air . Takde elektrik . Panass ! Dgn segala disaster tu , kami buat conclusion : no wonderlah takde orang laen pon yg menyewa kat resort tu . Pastu kami pergi guna paip kt tandas kt pejabat dia utk ambk wuduk je . Mmg bukak je pintu tandaS tu , perghhhh , semerbak baunyaa . 'Wangi' sangat . Otak memang tak boleh fikir kenapalahh cikgu pilih resort tuu . Pastu cikgu suruh kemas barang2 sebab nak pindah pegi homestay lain . Alhamdulillah . Lpas keluar dr resort tu , kami pegi mkn kt parameswara ikan bakar . Lepas siap makan2 , kami naik river cruise pulakk . Pastu baru lah bertolak ke homestay lain iaitu homestay pak ali . Best weii homestay tuu . Aircond ada dua tiga . Tandas pon cuci , bersih besar pulak tuhh . Nyenyakklah tido malam tuu .

6 september : dah nak balik dah :( sblm balik kami pergi putrajaya duluu . Lpas th  baru bertolak balik kelantan . dalam pukul 12.30 tengah malam cenggitu laa kami sampaii . Alhamdulillah , selamat pergi dan selamat kembali :)


P/s : maafkan hamba atas segala kesilapan ejaan yg terdapat semasa mengarang nii . Susah wehh blogging pakai handphone . Sori gmbr takde . Kalau aku masukkan gmbr sekali konfem entry takkan dipublish punyalahh . Hahaha . Gonna sleep now . Salam mornight dari sayaa 😘

sakit mata



Hari ni aku tak pegi sekolah . Sakit mata wehh . Hari ni aku aSyik dok blogwalking je . Mana blog yg aku suka aku follow . Haha . Memang takde kerja sungguh . And guess what , hari ni aku baru start buat insta . Haha . Ye aku tahu , memang aku ketinggalan . So what ? Haha . Siyesli bosan . Aku tak tahu nak buat apa . Dah la mata asyik gatal , pedih dan berair je . And guess what . Aku nangis wehh masa titik ubat dalam mata tu . Siyes pedih . Nasib baik satu titik je . Seksa wa cakap luuu . Doakan mata aku cpat sembuh eh ? Gtg . 

al-fatihah buat arwan tokwan



26 mei 2014 . tokwan aku telah kembali ke rahmatullah kira2 hampir pukul 7 . sedih , siyes sedih . tokwan merupakan datuk aku sebelah ayah . bila kakak aku kol suruh aku bersiap2 untuk ke rumah tokwan , aku tanya la nape . then dia tanya aku balik , "wei kau taktau ke tokwan dah takde?" masa tu aku nangis teruss . pastu sambung cakap dengan kakak aku . aku kontrol suara aku baik punya taknak bagi kakak aku tahu yang aku nangis . tokwan mati tiba2 . memang selama ni dia dah tak boleh berjalan dengan baik . kalau berjalan pon pakai tongkat . tapi dia sihat je . takde sakit ape2 . makan pun lalu je . betolla mati tu bila2 je . 

2005 : arwah nenek aku sebelah ayah telah pergi buat selama-lamanya . masa tu aku baru darjah dua . dah sembilan tahun dah . 

2011 : giliran datuk aku pulak pergi . datuk yang ni aku panggil chek . chek ialah datuk sebelah mama aku . aku rapat dengan chek aku . aku teman dia kat hospital . aku teman dia tidur bila dia dah boleh balik kat rumah . dia masuk wad hospital , lebih kurang dalam dua bulan kot . pastu bila balik rumah tu pihak hospital bagi dia bawak mesin oksigen (aku taktau nak panggil mesin apa) . tak lama , seminggu lepas keluar hospital dia dah meninggal . masa ni aku dah form 1 . pihak hospital benarkan arwah chek aku bawak balik mesin tu sebab dia tahu , sape2 yang dah kena bawak balik mesin tu takkan dapat hidup lama . no wonderlah kan . memang sedih sangat . dah tiga tahu dah . rasa macam baru je lagi :')

2014 : giliran tokwan aku pulak . hmmm . 

semoga mereka semua ditempatkan di tempat orang2 yang mulia . aminn :')

no idea .


heyy , title kat atas tu sebenarnya takde kaitan langsung pon dengan entry nii . no idea tu sebab memang aku tak tahun nak bagi tajuk apa . hehehe . dan sebenarnya aku pon taktahu nak tulis pasal apa dalam nii .

setelah berkurun lamanya aku tak dating dengan blog bushuk2 ni sebab aku busy . cehh , busy kemendanya sangat lah aku ni . hehe , busy lah kann . sekolah pukul 5 baru balik rumah . malam hadap kerja sekolah yg sampai bila2 pon takkan nak habis . faktor laen pulak sebab line wifi aku teramat amat amat amat amatlah sloww . kalah siput bayi --' so bila siput bayi pon menang jika bertanding dengan line wifi aku , sah2 la aku malas . 

okayy , yg menyebabkan hari ni tangan aku ni gatal2 nak buka benda nii adalahhhhh .......  hahaha . sebenarnya aku selalu bw kat blog ustaz aku . kt dalam tu banyak gak ar dia cite pasal kitaorg . so aku pon rasa teringin pulak nak tulis2 . so aku bukak la . tu jee .

sebenarnya sekarang ni musim peperiksaan . esok aku akan menduduki kertas bahasa arab 1 dan 2 . siyesli aku takot . aku takot yg markah aku turun . pkbs 1 aku dapat 92 . pjbs 1 xpelah soalan senang . lagipun soalan masa tu tak ikut format pon . yg pkbs 2 ni dahla ikut format spm betul2 . naya jee . and i know my ustaz puts a high expectation on me . he seems to challange me because he suspected aku meniru masa ujian lepas . aku tak tiru . tolongg la . as i said , aku tak pandai sangat bahasa arab tahun lepas . so , tentunya ustaz tak sangka aku boleh dapat markah macam tu . bialah orang nak kata markah aku 92 je ponn , bukan tinggi sangat . tapi bagi aku ianya tinggi . okayy , pasal ni aku taknak cakap apa2 . tapi yg pastinya aku memang takut . 

i want to change his perception towards me ! wish me luck guys :) kuatkan semangat aliahh

*susah kalau tak jadi anak murid kesayangan nii . hehe (ni takde kaitan dengan entry di atas po okeii? )


guwa masih sweet 15 :>


tengok title kat atas . gua masih mudaa . huhu . ni buktinyaa :


haha . sebenarnya aku malas malas malas malas malas malas malas malas nak update blog . sebabtu la umo aku masih sweet 15 . nati la ku edit . lepas ni kot . kot la . tu pon kalau aku rajin . hahaha .



H :-(


Dear H ,
aku rindu mungg !
takdihh mung janji nok kol akuu , tapi ado mg kol ? 
Bkoo wat aku ginii ? Aku hepi gilo maso mg oyak gitu .
Aku fed up !
It's hurt

speechless .


i miss the 'old' we . 
betapa aku harap yang semuanya akan jadi macam dulu balik .

Realiti Kehidupan .


hye semua . selamat maulidur rasul . sebenarnya kan , sejak aku belajar bahasa arab ni aku baru perasan sesuatu . kalau sebut je maulidur rasul pasti terfikir tentang kelahiran rasulullah kan ? tapi tak tahu pun apa makna maulidur tuhh . aku cakap aku laa , bukan kata kat orang lain . then bila aku belajar bahasa arab aku baru perasan . kalau soalan pmr ada satu soalan tu . dia akan bagi situasi and kita kena terjemahkan ke bahasa arab . antara soalan yang femes : ucapan selamat hari lahir kepada bla bla bla . pastu kita akan jawab idil milad ya bla bla bla . sanah helwah pun betul jugak . tapi aku selalu guna idil milad . then aku baru perasan . milad . maulid . ting tong ! aku baru perasan yang perkataan maulid tu maksud dia kelahiran .  maulid tu daripada perkataan milad . then aku terfikir , selama ni main aci sebut je tanpa tahu maksud sebenar . mesti orang yang memang power bahasa arab dapat advance kan bila baca alQuran ? ye la , tanpa baca tafsir dah tahu makna . untungnyaa . and , kalau aku drop arab , rasa rugi pulakk . tapii , minat aku ke arah ict . tapi takleh buat apa2 dahh . nak taknak aku kena ambik arab jugakk . ikhlaskan hati aliahh !

pnjang pulak intro tadi . hehe . 
kehidupan . 
kawan aku dah pindah sekolah .
dia tu pun akan pindah tanpa cakap apa2 kat aku .
masalah kat rumah belum selesai .
tekanan .
tekanan.
tekanan .
sekolah .
rumah .
arghhhh .
ada stranger muncul dalam hidup aku .
hidup kami sebenarnya .
dan dia penyebab segalanya jadi macam ni .
dia penyebab rumah ni tak macam dulu . 
huh !

nak taknak . suka tak suka . macam mana sekalipun , aku kena terima . inilah realiti kehidupan . tak boleh lari dari masalah . masalah mematangkan kita .
satu cara nak selesaikannya : pray to Allah :)

2014 :'D


masih belum lambat lagi kan ? kalau aku nak wish Selamat Tahun Baru pun masih sempat kann ? haha . okeylahh , happy new year semua :) kalau sebut je awal tahun mesti ada pasal azam kan ?
so , apa azam korang ? azam aku pada tahun ni adalahhhh....
ermm , apa ekk ? aku nak tunaikan azam aku pada tahun lepas dan kalau tak tertunai jugak
aku nak tunaikan pada tahun depan pulakk . haha . apa punya azam la -,-
sebenarnya aku tipu je tuu . memandangkan tahun lepas aku akan menduduki PMR ,
so aku berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk dapat 9A .
walaupun aku mengaku yang sebenarnya tahun lepas jika nak dibandingkan dengan orang lain ,
orang lain lagi bersunguh-sungguh belajar . aku kurengg . haha ;P tapi alhamdulillah aku
berjaya jugak dapatkan 9a . rezekii Allah bagi . syukur :)
azam aku pulak tahun ni apa ekk ? ermmm .
rasanya macam tahun2 lepas kot . haha
-nak jadi lebih baik dari tahun lepas-
-nak belajar sungguh2-
-nak jadi ank solehah-
nak apa lagi eh ? nak macam2 laa . haha .