R.E.S.U.L.T.!!!


hari ni dah berapa hari bulan ? dah 14 disember kan ? esok 15 , pastu 16 , pastu 17 , pastu 18dan  pastu ?? arghhhhh . boleh tak skip je tarikh 19 disember tuhh ? uwaaa , hari tu result pmr diumumkan kan ? taknakkk !! 

sebenarnya aku takut . aku asyik fikir yang bukan2 . aku selalu fikir kalau aku tak dapat 9a ? tanya budak kelas last sekali pun mesti cakap nak straight a kan ? aku pun macam tu la . aku taknak 8a ! aku nak 9a . yeahh , dan sememangnya target aku ialah 9a .

aku takut . aku takut kalau keputusan pmr aku tak macam abang aku ? kalau abang aku boleh dapat 9a , kenapa aku tak boleh kan ? aku cuba yakinkan diri aku yang keputusan pmr aku boleh buat aku tersenyum . tapi syaitan mula la nak hasut aku . aku jadi terfikir tentang subjek sejarah . jujurnya aku tak pernah dapat a dalam subjek tu . bukan aku taknak , sape taknak a kan ? aku dah cuba buat yang terbaik , tapi belum ada rezeki aku nak merasa a sejarah . tapi aku cuba yakinkan diri aku balik . insyaAllah aku boleh . kan markah folio membantu jugak ? pastu subjek matematik . memang la aku pernah dapat a dalam subjek ni . tapi kadang2 je . aku takut aku banyak hilang markah kat kertas dua je . insyaAllah bolehh :) percaya pada ALLAH :D sememangnya apa yang berlaku dah ditetapkan oleh ALLAH . dan apa yang ALLAH tetapkan adalah yang terbaik kan ? 

someone told me : jangan tetapkan dalam hati yang "aku harus dapat 9a" , "aku mesti dapat 9a" , "aku pasti dapat 9a" . tapi tetap macam ni , "walau macam mana pun keputusan aku , aku dah cuba sedaya upaya dan dah buat yang terbaik . aku akan terima segalanya dengan hati terbuka kerana semua ini adalah kehendak ALLAH" .

tipulah kalau aku kata aku tak risau langsung . sedikit sebanyak mesti ada jugak . walaupun ia hanya PMR , tapi bagi aku ia tetap penting . 

bila fikir pasal tahun depan pulakk , aku rasa memang aku tak pindah kot . terus stay kat DP je . tapii , sejujurnya aku nak masuk kelas Soyuz 1 . aku taknak masuk kelas Ibnu Sini . *kalau ustaz adnan atau ustazah asiah baca ni konfem aku kena kejar keliling sekolah . haha . aku lebih minat ke arah ICT . sebab tu la aku nak masuk Soyuz 1 . kalau soyuz 2 dan 3 memang aku tolak tepi awal2 la . aku tak reti melukiss . hehe . Ikhtisas prinsip akaun . dan nilah satu satunya kelas aliran sastera kat DP . kalau boleh aku taknaklah sastera . hehe . tapi aku sayang nak drop bahasa arab . dah 3 tahun aku belajar . 

mama aku cakap kalau rasa tak boleh , baik tak payah . ikut apa yang kita minat . lagipun cikgu2 takde hak nak paksa kita . kan ? kalau aku masuk 4 Ibnu Sina , konfem lah classmates aku tak berubah . dah tentulah budak2 3 Aked jugak kan . ang maybe la ada sorang dua je yang berubah . and kalau aku ambik soyuz 1 , tak mustahil aku akan sekelas dengan malaun2 yang menyakitkan hati tuhh !! benciii ! aku aman bahagia je duap dalam kelas 3aked tahun ni . tak seksa macam aku form 2 tahun lepas ><

entahlah . aku serahkan pada takdir je . biarlah masa yang menentukannya . *ayat novel ;P