Alhamdulillah :'D


semalam kan , mama aku tak kejutkan aku lagi pun aku dah sedar . tidur pun macam lena tak lena gituu . berdebar wehh . semalam kan result pmr diumumkan .

dalam pukul 10 lebih cenggitu la aku sampai kat sekolah . masa tu keputusan ada dengan pengetua dah . tapi dia taknak umum lagi sebab nak buat analisis dulu rasanya . stesen kokurikulum memang penuh dengan orang daa . tu la , baru sekarang nak bayar yuran . hahaha . mentang2 la aku bayar sehari sebelum result kann .

dekat pukul 12 kot , baru la pengetua umumkan .seramai 56 murid yang berjaya dapat straight A's kat sekolah aku . *tepuk tangan . lepas siap dia berucap tu baru la boleh nak ambik result kat kaunter kelas masing2 . sumpah tangan dengan lutut aku ketarr . hahaha . 

bila slip tu dah ada kat tangan aku pun aku ketar lagi . lucuuu . kawan aku siap pegang tangan aku taknak bagi ketar . mula2 tu aku tengok mak Elis yang pergi ambik rezad untuk Elis . Elis dapat 9A . tahniahh :) pastu Ahla pulak . Ahla pun dapat 9A jugakk . tahniahh . bila tiba giliran aku , memang berdebar tahap tak ingat laa . bila cikgu aku ucap tahniah dekat aku , aku pun tengok slip tu . alhamdulillah , aku pun 9A jugakk . aku terus pergi peluk Elis dan Ahla . menang tak sangka sangat . syukur sangatt .

aku terus kol mama dan abah . pastu aku mesej ke semua siblings aku . hahah . memang aku excited gilaa . pastu pergi jumpa cikgu . then snap gambar sekeping dua . pastu balik rumahh . memang tak sangka gila . terima kasih yaAllah . aku kreditkan kejayaan aku dalam PMR kepada Allah , ibubapa , guru2 ,dan kawan2 :D love them all :)

with my result ;) yang bergulung tu sijil ujian lisan bahasa arab :D
*gedik je nak upload gambar ;P