Saya SAYANG Mereka !!

aku sayang mereka ! siapa mereka ? of course la kawan2 aku . siyesli , sayang sangat2 . walaupun selalu je kata benci , tapi takk . sayang sebenarnya . 





tu kawan2 aku masa sekolah rendah . tu gambar masa reunion hari tu . sumpahh , aku rindu gile kenangan masa sekolah rendah dulu . terutama sekali masa darjah 6 . gaduh2 , pastu nangis , pastu baik balik . haha . lucu2 . tapi itu semua kenangan :'D and of course i do miss FAAQIAS gUrLz so muchh :'( rindu sangat kat diorang .
tu la ahli FAAQIAS . semuanya 7 orang . tapi tu muka masa comel2 lagi . sekarang ni dah tak berapa comel dahh . haha . kalau dulu comel , sekarang dah cantik lawa semuanya . tak caya ? meh nak tunjuk .

yang ni Aisyah Sadira . belajar kat SMK(A) Naim Lilbanat :)

budak comel ni Qasrina namanya . dia pon belajar kat SMK Dato Perdana :)

yang ni Ipah . sedang menimba ilmu di MRSM Kota Putra ;)

ni Aisyah Amani . belajar kat SMK(A) Tok Bachok ;)
yang ni Fazlin . dia belajar kat SMK(A) Tok Bachok ;)


berbeza kan semuanya ? sebenarnya aku nak susun ikut turutan . tapi tak boleh pulak . gambar fazlin yang patotnya dup atas sekali jadi duk kat bawah sekali . gambar Atikah Saufi takde . susah sikit nak ambik gambar dengan dia . nati kalau ada aku up la . di sekarang belajar kat MTS Nipah . semuanya tujuh orang . gambar aku tak payah up la kan . menyemak je -,- haha . kitaorang nyanyi sama2 , terkunci dalam tandas sama2 , dan buat sandwic sama2 .

yang tu pulak kawan2 aku kat SMK Dato' Perdana . tu gambar selepas selesai menjawab Bahasa Arab masa PMR . masa ni lah dah FREEDOM ;) jadi tingkatan 3 memang letih . ada kelas dinihari , kelas stayback , kelas cahaya malam , kelas tuisyen hujung minggu , kelas tuisyen D' Perdana , ada bengkel , ada seminardan banyak lagi la . dulu selalu je mengeluh cakap letih la apa la , tapi sekrang rasa rindu pulakk . rindu nak pergi sekolah awal pagi sebab kelas dinihari start pada pukul 7 pagi . rindu kelas cahaya malam sebab boleh makan2 dalam kelas . rindu semualah senang cerita . dan semua tu adalah kenangan :) tu la geng 3 Aked . cikgu selalu pot pet pot pet pasal kelas ni ., nama je kelas nombor satu , tapi perangai bukan nombor satu . hehe . 



tu gambar yang dah jadi collage . aku akan rindu kelas ni pada tahun depan :'D banyak sangat kenangan . kenangan tengok orang kena marah , kenangan aku kena marah . haha . too many memories to be remember . 

yang tu pulak geng Cempaka 19 . thanks sebab hiburkan aku di asrama . aku bersyukur sangat . walaupun tu first time aku masuk asrama , tapi mereka buatkan aku macam yang aku dah biasa dengan asrama . lebih spesifik lagi dorm cempaka 19 . rindu pesta maggi , rindu time kemas bilik , rindu semuanyalah . kat asrama , aku ada kakak , aku ada adik dan aku ada kawan2 yang sentiasa hiburkan aku ;)

and she . yess , she is Aisyah Amani . she is my super-duper best friend forever . and yes , sometimes we have problems , sometimes we fight . sometimes we laugh , sometimes we cry . even though we have defects , we love each other and we always will :)











NIat baik disalahertikan


niat aku baik tadi . aku nak kongsi . bukan aku nak guna untuk aku sorang . tak perlu nak marah2 aku . aku bukan nya jahat sangat . aku bukan selfish ! tak payah la nak banding2 kan . 

sori , bukan niat aku nak memberontak . tapi aku tak boleh tahan air mata aku ni . aku nak nagis . takkan aku nangis depan korang kan ? sebab tu aku tinggalkan korang macam tu je tadi . aku kecik hati sebenarnya . aku nak buat baik , tapi korang ingat aku nak guna untuk aku sorang je . aku malas nak cakap apa , terus aku bangun . aku nak nangis puas2 . sori kalau sebenarnya aku menyusahkan korang !

Give me strength :'(


Ya Allah , aku bukan nak mengeluh . aku tahu Kau tak akan uji hambaMu jika mereka tak mampu . bila Kau dah uji maknanya mereka mampu . 

truthly speaking , memang aku pernah menyesal kenapa semua ni jadi kat aku . and sekarang pun kadang2 aku akan mengeluh . aku bosan dengar benda sama tiap2 hari . aku bosan dengar ada orang kena marah tiap2 hari . aku  bosan nak marah hari2 . tahap kesabaran aku memang nipis . senipis kulit bawang . aku cepat melatah . dan yang paling aku bosan , aku bosan tengok muka dia . ya , aku tahu mungkin aku kejam . tapi itulah kenyataan . dia bukan siapa2 pun . dia bukan kakak aku , dia bukan sepupu aku , dia bukan mak sedara aku dan dia bukan siapa2 pada aku .

kesian ? pada mulanya memang ada juga sedikit perasaan kesian kat dia . tapi setelah apa yang dia dan kakak dia buat pada kami , memang tak kesian langsung . okay aku kejam . aku tak suka dia sebab dia la punca semua ni terjadi !

Ya Allah , maafkan aku . sebenarnya aku tak tahu nak luah kat siapa . sebab tu aku tulis dalam ni . and she . yes , she is my one and only . i do heart her . she is my idol . she is my mother . oh mum , i want to be as strong as you . oh Allah , give me strength ;(

Alhamdulillah :'D


semalam kan , mama aku tak kejutkan aku lagi pun aku dah sedar . tidur pun macam lena tak lena gituu . berdebar wehh . semalam kan result pmr diumumkan .

dalam pukul 10 lebih cenggitu la aku sampai kat sekolah . masa tu keputusan ada dengan pengetua dah . tapi dia taknak umum lagi sebab nak buat analisis dulu rasanya . stesen kokurikulum memang penuh dengan orang daa . tu la , baru sekarang nak bayar yuran . hahaha . mentang2 la aku bayar sehari sebelum result kann .

dekat pukul 12 kot , baru la pengetua umumkan .seramai 56 murid yang berjaya dapat straight A's kat sekolah aku . *tepuk tangan . lepas siap dia berucap tu baru la boleh nak ambik result kat kaunter kelas masing2 . sumpah tangan dengan lutut aku ketarr . hahaha . 

bila slip tu dah ada kat tangan aku pun aku ketar lagi . lucuuu . kawan aku siap pegang tangan aku taknak bagi ketar . mula2 tu aku tengok mak Elis yang pergi ambik rezad untuk Elis . Elis dapat 9A . tahniahh :) pastu Ahla pulak . Ahla pun dapat 9A jugakk . tahniahh . bila tiba giliran aku , memang berdebar tahap tak ingat laa . bila cikgu aku ucap tahniah dekat aku , aku pun tengok slip tu . alhamdulillah , aku pun 9A jugakk . aku terus pergi peluk Elis dan Ahla . menang tak sangka sangat . syukur sangatt .

aku terus kol mama dan abah . pastu aku mesej ke semua siblings aku . hahah . memang aku excited gilaa . pastu pergi jumpa cikgu . then snap gambar sekeping dua . pastu balik rumahh . memang tak sangka gila . terima kasih yaAllah . aku kreditkan kejayaan aku dalam PMR kepada Allah , ibubapa , guru2 ,dan kawan2 :D love them all :)

with my result ;) yang bergulung tu sijil ujian lisan bahasa arab :D
*gedik je nak upload gambar ;P


Yurann --'

tadi aku pergi sekolah . pergi bayar hutang . cer teka berapa ?? jawapqn dia , rm 702 . nasebb laa . kalau esok rezad tak keluar lagi , konfem hari ni pun takkan bayar lagi . hahaha .

btw , esok rezad laa . kenaling ambo . huhu .hrap2 dapat rezad yang mantopp . insyaAllah . keep calm and pray to Allah .

p/s : ni hanyalah entry menghilangkan kebosanan . sekarang ni aku dup kat skolah mama aku . boring punya pasal . aku pon wat la entry ni .ni pn pakai fon . btw , doakan rezad aku esokk ;-)

Reunion 6 Perdana Super 2010 ^^,

im backk :) rindu aku tak ? rindu latew . hahah . perasan kau aliah --' meh nak cite pasal reunion tu . even reunion ni daaaaaaah lama , tapi aku nak cite jugak . hehe . reunion ni diadakan pada 30 november yang lalu . tapi oleh disebabkan masalah internet aku yang dah bertukar jadi siput babi , maka niat beta terpaksa ditangguhkan . ;P
punya la susuah nak buat reunion ni --'padahal buat yang biasa2 je . takde lah grand pun . seperti yang aku cerita dalam entry berani mati tu .hahah .

pagi tu , aku bangun awal . semangat seyh . aku dah pesan kat mizan yang tqah suruh pergi pukul 8.30 . lagipun mama aku ada mesyuarat . so kami pergi sekali lah .dalam seminit dua nak pukul 8 mizan dah sampai kat rumah aku dah . haha . semangat lagi budak ni . ye laa , dia yang paling lama tak jumpa dengan geng 6PS . pastu aku suruh dia tunggu kejap sebab aku tak pakai tudung pun lagi . aku baru je siap2 pakai baju . 
dalam pukul 8.30 lebih2 sikit aku dan mizan dah sampai kat rumah tqah . tengok rumah macam kosong je . pastu aku text tqah cakap yang kami dah sampai . tengok2 tqah ada kat rumah nenek dia . rumah nenek dia tu belakang rumsh dia je . dia suruh kami pergi sana .

sampai sana , jafni dah ada dah . jafni cakap dia datang pukul 7.30 lagi . okeyy , tak pelik pun . sebab kalau ada tqah , wajib ada jafni . then diorang suruh kami goreng ayam . what the ?? hahah . manakala diorang goreng keropok . aku nak mizan taknak . jadi kami yang goreng keropok manakal diorang goreng ayam . hahaha . goreng punya goreng , makin ramai la yang datang . so kami suruh orang lain pulak yang ganti tempat kami .

bila semua orang dah datang and makanan pun dah ready , kami pun makann . hehe . ada bihun goreng , keropok , ayam goreng berempah , laksa , puding apa entah , dadih , karipap2 cinta dan banyak lagi lahh . (banyak ke ??)
a
lepas siap makan , kami berposing . nah gambar .
Jafni , aku , tkah saufi , husna :))




FAAQIAS gUrLz ... tanpa kedua2 Aisyah , Aisyah amani and Aisyah sadira . *aku sedoo


masa ni tengah siap2 nak ambik gambar ^^,
dan inilah kami semua :) jyehhh , kamilah troublemaker 2010 ;P
p/s : sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak upload , tapi nak masukkan 4 keping tu pon dah pening kepala aku . hailaa , memang tahap kesabaran aku ni nipis . ada masalah ? hehe . in sha Allah lain kali aku buat satu entry dan aku upload semua gambar reunion tuhh . candid tak candid aku upload semua . haha , bajet macam ramai orang lain kempunan nak tengok sangat gambar reunion tuhh . --' haha 







R.E.S.U.L.T.!!!


hari ni dah berapa hari bulan ? dah 14 disember kan ? esok 15 , pastu 16 , pastu 17 , pastu 18dan  pastu ?? arghhhhh . boleh tak skip je tarikh 19 disember tuhh ? uwaaa , hari tu result pmr diumumkan kan ? taknakkk !! 

sebenarnya aku takut . aku asyik fikir yang bukan2 . aku selalu fikir kalau aku tak dapat 9a ? tanya budak kelas last sekali pun mesti cakap nak straight a kan ? aku pun macam tu la . aku taknak 8a ! aku nak 9a . yeahh , dan sememangnya target aku ialah 9a .

aku takut . aku takut kalau keputusan pmr aku tak macam abang aku ? kalau abang aku boleh dapat 9a , kenapa aku tak boleh kan ? aku cuba yakinkan diri aku yang keputusan pmr aku boleh buat aku tersenyum . tapi syaitan mula la nak hasut aku . aku jadi terfikir tentang subjek sejarah . jujurnya aku tak pernah dapat a dalam subjek tu . bukan aku taknak , sape taknak a kan ? aku dah cuba buat yang terbaik , tapi belum ada rezeki aku nak merasa a sejarah . tapi aku cuba yakinkan diri aku balik . insyaAllah aku boleh . kan markah folio membantu jugak ? pastu subjek matematik . memang la aku pernah dapat a dalam subjek ni . tapi kadang2 je . aku takut aku banyak hilang markah kat kertas dua je . insyaAllah bolehh :) percaya pada ALLAH :D sememangnya apa yang berlaku dah ditetapkan oleh ALLAH . dan apa yang ALLAH tetapkan adalah yang terbaik kan ? 

someone told me : jangan tetapkan dalam hati yang "aku harus dapat 9a" , "aku mesti dapat 9a" , "aku pasti dapat 9a" . tapi tetap macam ni , "walau macam mana pun keputusan aku , aku dah cuba sedaya upaya dan dah buat yang terbaik . aku akan terima segalanya dengan hati terbuka kerana semua ini adalah kehendak ALLAH" .

tipulah kalau aku kata aku tak risau langsung . sedikit sebanyak mesti ada jugak . walaupun ia hanya PMR , tapi bagi aku ia tetap penting . 

bila fikir pasal tahun depan pulakk , aku rasa memang aku tak pindah kot . terus stay kat DP je . tapii , sejujurnya aku nak masuk kelas Soyuz 1 . aku taknak masuk kelas Ibnu Sini . *kalau ustaz adnan atau ustazah asiah baca ni konfem aku kena kejar keliling sekolah . haha . aku lebih minat ke arah ICT . sebab tu la aku nak masuk Soyuz 1 . kalau soyuz 2 dan 3 memang aku tolak tepi awal2 la . aku tak reti melukiss . hehe . Ikhtisas prinsip akaun . dan nilah satu satunya kelas aliran sastera kat DP . kalau boleh aku taknaklah sastera . hehe . tapi aku sayang nak drop bahasa arab . dah 3 tahun aku belajar . 

mama aku cakap kalau rasa tak boleh , baik tak payah . ikut apa yang kita minat . lagipun cikgu2 takde hak nak paksa kita . kan ? kalau aku masuk 4 Ibnu Sina , konfem lah classmates aku tak berubah . dah tentulah budak2 3 Aked jugak kan . ang maybe la ada sorang dua je yang berubah . and kalau aku ambik soyuz 1 , tak mustahil aku akan sekelas dengan malaun2 yang menyakitkan hati tuhh !! benciii ! aku aman bahagia je duap dalam kelas 3aked tahun ni . tak seksa macam aku form 2 tahun lepas ><

entahlah . aku serahkan pada takdir je . biarlah masa yang menentukannya . *ayat novel ;P