Apa yang penting ? KERJASAMA ~


okey , ni kira entry berani mati la kalau ada ex-classmates aku yang baca . tapi , aku tulis apa yang aku rasa . harap korang faham ekk ?

iter dia camni , kami berpakat nak buat reunion . okey , pada 17/11/2013 hari tu kami berkumpul di rumah Ipah untuk berbincang pasal ni . memang la tak ajak ramai pun . kami panggil yang mana dekat je . ye laa , nanti kesian pulak . tapi kalau dia orang nak datang jugak walaupun jauh pun takpe .

bincang punya bincang , kami berpakat nak buat pada hari selasa iaitu semalam . kami dah berpakat nak buat kat challet pakcik syahirah . okei , semua orang bersetuju . dan tiga orang ah long yang ditugaskan iaitu aidil , ayie dan hakim telah pergi dari rumah ke rumah setiap sorang semata-mata nak kutip duit . kami berpakat nak ambik 10ringgit sorang je . 

lepas tu , si I cakap kalau hujan macam mana nak bakar ayam . kan ? tapi syahirah kata ada je tempat teduh . boleh jelah nak membakar kat situ . okei , masalah settle :) tapi tak jugakk . pastu ramai pulak yang cakap susah nak pergi . takde transport . ye lah kan , kami baru 15 tahun . budak lelaki dia cakap senang la , sebab mereka boleh je pergi naik motor . habis tu , kaum hawa macam mana ? 

si A pun offer nak buat kat rumah dia . si I tak setuju . gaduh punya gaduh . and reunion ni hampir tak jadi . see ? honestly , aku pun tak setuju jugak buat kat rumah si A . tapi , tak boleh la pentingkan diri sendiri kan . kesian pulak yang tak dapat pergi tu . so , aku pun ikut je la . I ni dia tak puas hati dengan A . pastu dok ngadu2 kat aku . aku cakap baik2 dia taknak dengar . aku pu hangin laa , aku punya baik nak nasihat dia , dia nak marah kat aku pulakk . apa kes ? believe it or not , aku cakap terus terang kat I yang dia la pemusnah reunion ni . yelahh kan , ni nak ambik balik duit budak lelaki yang dah bayar and nak bagi balik . gila ! I cakap dia nak buat reunion untuk budak lelaki je . budak perempuan handle lah sendiri . dia taknak kisah . what the ?? geram siot aku . dua2 taknak mengalah . aku nasihat dua2 taknak dengar . baguslah ! 

and i asked A to tell me what had happened between she and I . and she told me the whole story . pastu aku mesej I and try cakap elok2 dengan dia . malam tu , A mesej aku dan cakap akhirnya I setuju . akhirnya :) fuhh , legaa ~ tapi tarikh pulak ubah . buat pada 30/11/2013 . kira settle laa .

and ada lagi la yang tak puas hati . tapi tak payah cite lah . A ajak aku pergi rumah dia esok . tolong2 pergi kupas bawang , tolong siang ayam , nak perap lagi . pastu aku okey la . and bila aku ajak la sorang dua lagi pergi tolong , semua bagi alasan . alasan yang paling aku tak boleh terima , malu . malu apa kejadahnya ??!! nanti kat reunion jumpa jugak kan ? so ? sebelum ni sibuk je sumua orang mesej aku suruh buat reunion . bila nak buat , semua senyap . lepas tangan . takde kerjasama langsung !

aku pun ada jugak urusan yang aku kena buat . tak boleh la nak biarkan aku sorang je handle . A pun sama . dah naseb baik dia nak tolong urus pasal ayam semua . takkan  orang lain dah taknak tolong ? aku tahu la korang busy , tapi tolonglahhh . aku bukan nak merungut , tapi korang yang paksa aku untuk buat entry nihh . aku tahu korang takkan baca sebab korang semua tak tahu pun aku ada blog .

kalau la korang terbaca ni , sorry okey :D