Line siput ;p


line siput ? what the ? hehe . sebabnya line internet sekarang sangat la slow . slow giler . dah la slow , giler pulak tu . slow giler la tuu . *ciplak ayat dalam cerita ngangkung :p

oleh yang demikian , aku manjadi semakin malas . (ayat karangan pmr bahasa melayu kertas 2) haha . tapi memang betul pun . okeyy , aku mengaku tahap kesabaran aku tak terlalu tinggi . so , asyik2 dok loading jee , entah bila nak keluar pun tak tahu . ada sekali tu , punyala lama aku tunggu , last2 tak keluar2 . dia keluar page blank je . aii , sakit pulak hati kite ni > <

and , sekarang memang aku jarang gile blogging . kalau on9 fb pon pakai hp je . tak best nak blogging pakai hp .sori kay kalau ada aku tak singgah blog korang balik :> *bajet ramai je yg bw kat blog aku ;P korang jangan marahkan aku , tolonglah marahkan line internet aku . walaupun mama aku dah bayar bil , tapi tetap siput . siput bertingket-tingket ;P

tapi line malam ni okey pulak . tak tahu pulak bakpe ? maybe ramai yang tengah layan Anugerah Skrin kot . so tak ramai yang guna internet . hahah . memandai je aku buat kesimpulan . 

p/s : aku sendiri rasa entry aku malam ni macam erkk gitu . macam ada yang tak kena . tak emphh orang kata . and , aku buat boring ni sebab aku boring . hehehe , takdak idea nak tulis pasai pa . so , line internet jadi mangsa . haha . genite :)

Apa yang penting ? KERJASAMA ~


okey , ni kira entry berani mati la kalau ada ex-classmates aku yang baca . tapi , aku tulis apa yang aku rasa . harap korang faham ekk ?

iter dia camni , kami berpakat nak buat reunion . okey , pada 17/11/2013 hari tu kami berkumpul di rumah Ipah untuk berbincang pasal ni . memang la tak ajak ramai pun . kami panggil yang mana dekat je . ye laa , nanti kesian pulak . tapi kalau dia orang nak datang jugak walaupun jauh pun takpe .

bincang punya bincang , kami berpakat nak buat pada hari selasa iaitu semalam . kami dah berpakat nak buat kat challet pakcik syahirah . okei , semua orang bersetuju . dan tiga orang ah long yang ditugaskan iaitu aidil , ayie dan hakim telah pergi dari rumah ke rumah setiap sorang semata-mata nak kutip duit . kami berpakat nak ambik 10ringgit sorang je . 

lepas tu , si I cakap kalau hujan macam mana nak bakar ayam . kan ? tapi syahirah kata ada je tempat teduh . boleh jelah nak membakar kat situ . okei , masalah settle :) tapi tak jugakk . pastu ramai pulak yang cakap susah nak pergi . takde transport . ye lah kan , kami baru 15 tahun . budak lelaki dia cakap senang la , sebab mereka boleh je pergi naik motor . habis tu , kaum hawa macam mana ? 

si A pun offer nak buat kat rumah dia . si I tak setuju . gaduh punya gaduh . and reunion ni hampir tak jadi . see ? honestly , aku pun tak setuju jugak buat kat rumah si A . tapi , tak boleh la pentingkan diri sendiri kan . kesian pulak yang tak dapat pergi tu . so , aku pun ikut je la . I ni dia tak puas hati dengan A . pastu dok ngadu2 kat aku . aku cakap baik2 dia taknak dengar . aku pu hangin laa , aku punya baik nak nasihat dia , dia nak marah kat aku pulakk . apa kes ? believe it or not , aku cakap terus terang kat I yang dia la pemusnah reunion ni . yelahh kan , ni nak ambik balik duit budak lelaki yang dah bayar and nak bagi balik . gila ! I cakap dia nak buat reunion untuk budak lelaki je . budak perempuan handle lah sendiri . dia taknak kisah . what the ?? geram siot aku . dua2 taknak mengalah . aku nasihat dua2 taknak dengar . baguslah ! 

and i asked A to tell me what had happened between she and I . and she told me the whole story . pastu aku mesej I and try cakap elok2 dengan dia . malam tu , A mesej aku dan cakap akhirnya I setuju . akhirnya :) fuhh , legaa ~ tapi tarikh pulak ubah . buat pada 30/11/2013 . kira settle laa .

and ada lagi la yang tak puas hati . tapi tak payah cite lah . A ajak aku pergi rumah dia esok . tolong2 pergi kupas bawang , tolong siang ayam , nak perap lagi . pastu aku okey la . and bila aku ajak la sorang dua lagi pergi tolong , semua bagi alasan . alasan yang paling aku tak boleh terima , malu . malu apa kejadahnya ??!! nanti kat reunion jumpa jugak kan ? so ? sebelum ni sibuk je sumua orang mesej aku suruh buat reunion . bila nak buat , semua senyap . lepas tangan . takde kerjasama langsung !

aku pun ada jugak urusan yang aku kena buat . tak boleh la nak biarkan aku sorang je handle . A pun sama . dah naseb baik dia nak tolong urus pasal ayam semua . takkan  orang lain dah taknak tolong ? aku tahu la korang busy , tapi tolonglahhh . aku bukan nak merungut , tapi korang yang paksa aku untuk buat entry nihh . aku tahu korang takkan baca sebab korang semua tak tahu pun aku ada blog .

kalau la korang terbaca ni , sorry okey :D 

20 fakta unik tentang tubuh manusia :)



masa aku tengah godek2 encik google tadi , aku terjumpa la satu entri ni . pasal manusia . and for me it is intresting . so , why not aku share dengan bloggers sekalian kan ? mungkin ada yang dah tahu , tapi bialah aku nak share jugakk ;P

1. Setiap satu jam miliar sel di dalam tubuh harus diganti.
2. Mata manusia bisa membedakan 500 warna abu-abu.
3. Tulang paha manusia lebih kuat dari beton.
4. Hati manusia mampu menciptakan tekanan yang cukup untuk menyemprotkan darah sejauh 30 kaki (9 m).
5. Mata kita selalu berukuran sama sejak lahir, tapi hidung dan telinga kita tidak pernah berhenti tumbuh.
6. Batuk rata-rata yang keluar dari mulut kita berkecepatan 60 mil (96,5 km) per jam.
7. Janggut adalah bulu yang tumbuhnya paling cepat pada manusia. Jika pria rata-rata tidak pernah memangkas janggutnya, maka hal ini akan membuatnya tumbuh hingga hampir 30 kaki dalam hidup.
8. Mata bayi tidak menghasilkan air mata sampai si bayi berumur sekitar enam atau delapan minggu.
9. Setiap orang memiliki bentuk lidah yang berbeda.
10. Bersin dapat melampaui kecepatan 100 m/jam.
11. Sel-sel mati dalam tubuh kita akhirnya dibawa ke ginjal untuk eksresi.
12. Senyum adalah ekspresi wajah yang paling sering digunakan. Senyum dapat dilakukan di mana saja dari 5 hingga 53 pasang otot wajah.
13. Satu dari 20 orang memiliki tulang rusuk lebih.
14. Orang-orang dengan kulit gelap tidak akan mengkerut secepat orang dengan kulit terang.
15. Darah manusia melalui perjalanan 60.000 (96.540 km) per hari pada perjalanan melalui tubuh.
16. 85% dari populasi dapat menekuk lidah mereka ke dalam sebuah tabung.
17. Dibutuhkan tujuh detik untuk makanan pergi dari mulut ke lambung melalui kerongkongan.
18. Hati wanita berdetak lebih cepat daripada laki-laki.
19. Dalam satu hari, jantung kita berdenyut 100.000 kal1.
20. Rambut terbuat dari bahan yang sama seperti kuku.





Kami mahu ke bulan :)


Heyy , tengok title kat atas . gempakk tak ? *proud . hahaha . Dengan bangganya saya mengumumkan bahawa saya , Wan Nuraliah Ameerah bt Wan Basri bersama classmate saya , Suzana bt Mat Yasin akan ke bulan pada malam ini . hahah . percaya ? kalau percaya sila tepuk tangan kuat2 sekarang jugakk . hahah .

ni bukti :))
nak ikut ? tak boleyy . sue tak bagii . dia cakap nanti tak muatt . hekhekhek . eh eh kejap , lupa nak kenalkan sue .

she is Suzana . comeyy ? kawan saya memang comeyy *proud

sue dah mintak kebenaran dari 'mem besar' . dan alhamdulillah 'mem besar' luluskan . haha . sue dan 'mem besar' memang 'kacik' . haha . *okeyy , aku melalut .

p/s : ini hanyalah angan2 mat jenin saje . tolong jangan kutuk okeyy ;) Haikal hakimi kata "tingginya harapan dia" . haha . haruslahh ~ saya kreditkan post ni kepada Suzana :) thanx for making me smile ;D sayang kamoo :*



Orang lain pun ada hati jugak :/


heyy , aku mintak maaf sebab aku tahu apa yang aku cerita tu buat kau sakit hati . aku tak tahu pulak yang kau langsung tanak tahu pasal dia . aku repeat , AKU TAK TAHU ! orang lain pun ada hati kott . bukan kau sorang je . aku tak kesah kau nak marah aku sebab aku tahu memang salah aku . salah aku la kan sebab aku cerita pasal dia dekat kau .

kau nak marah pun marahlah . tapi agak2 la . bahasa kau kasar gile kot . sumpahh , aku terasa sangat dengan kau . kau boleh je guna bahasa yang sopan sikit . kau memang dah banyak kali dah marah aku . tapi aku tak kesah sebab aku tahu kau macam mana . kau marah aku pun bukan marah sangat . tapi malam tu , bahasa memang kasar sangat . 

dan aku terasa sangat2 dengan kau . bila aku cakap aku mintak maaf , kau buat tak tahu je . pastu kau ungkit balik salah aku tu . habis tu kau nak aku buat macam mana lagi ? kau nak aku hantuk kepala kau dengan besi supaya kau boleh lupa balik apa yang aku cerita . kau pun satu . kau dengar je aku cerita samapai la habis . kenapa kau tak tahan masa aku nak start cerita lagi ?

okeyy , kalau kau baca apa yang aku tulis ni , aku nak kau tahu yang aku sayang kau . kau kawan aku . takkan hanya sebab perkara macam tu aku nak benci kau . walau hati aku tersa sangat2 dengan apa yang kau kata , tapi takpe . aku faham kau ;') kau pun selalu jugak tolong aku . terutama sekali time aku takdak kredit . hehe . kau la share kat aku :D thanks bro ;)



Good Luck untuk SPM's candidates ;-)

Assalamualaikum

hai semua ? sihat takk ? dah mandi ? dah solat maghrib ? yang mana belum solat tu solat lah ek ? solatlah kamu sebelum kamu disolatkan :) okeyy , sebenarnya malam ni aku takde idea nak tulis pasal apa . pastu aku teringat yang budak form 5 sekolah aku ada bagitahu yang hari ni dah nak kena pegi asrama balik . why so early ? kan cuti sampai hari selasa , hari ni baru hari sabtu . jeng jeng jeng . sebabnya ada kelas tambahan laa . kan hari rabu ni dah SPM . ngaaa ~ aku pulak yang ngeri masa taip tiga huruf tu .

okayy , entry aku malam ni khas untuk kakak-kakak dan abang-abang yang akan menduduki peperiksaan SPM pada 6 november ni . good luck eh ? buat yang terbaikk . kasi gegar satu Malaysia dengan rezad korang pada tahun depan . dan harap2 rezad PMR pada hujung tahun ni pun gempakk jugakk :)

apa yang cikgu2 selalu pesan pada student2 yang akan menghadapi exam adalah ; "kalau tak boleh jawab soalan tu , skip dulu . pegi pada soalan yang lain . jangan bazirkan masa . nanti bila dah siap semua , barulah tengok balik soalan yang skip tadi . cuba ingat balik apa yang cikgu ajar ." mesti cikgu korang pun ada pesan macam tu jugak kan ? cuma mungkin ayat je yang berbeza . but , the main point of the advise is , kalau tak dapat jawab sesuatu soalan , skip dulu . nanti tak sempat nak jawab soalan yang lain :) peace ^^v

sekali lagi , buat yang terbaik . harap2 kakak2 dan abang2 dapat semua A bagi subjek yang korang ambikk . buat kak jihah , kak ain dan mirah , wat ssedak deh ? hari tu sep ur doa kopre maso PMR , ni ore plop doa k sep ur ;)



La taqof wa la tahzan , innallaha ma'ana ;-)

Mampuss akuu @,@

Assalamualaikum ,

mampus aku ! habis laa . adik aku dah tahu dahh . dah la mulut dia tak reti nak senyap . naya je kalau dia pegi bukak apa yang dia baca dalam buku aku . sebelum ni dia buat senyap jee . aku sendiri tak tahu yang dia dah baca buku aku . dah la buku tu ada 1001 rahsia aku walaupun tu bukan diari .

alkisahnya macam ni , dia dengki tengok aku asyik berblog . so dia suruh aku tolong buatkan blog untuk dia . aku rasa nak gelak pun ada . budak darjah tiga dah nak ada blog ? entah apa2 entah yang dia nak tulis . so aku cakaplah taknak . lagipun dia takde benda yang nak ditulis . pastu dia cakap dia nak tulis la apa2 pun . aku cakap la malas , lagipun bukan senang nak edit pulakk . dia cakap , aku kan ade . ewah2 , ingat aku ni handal sangat ke bab2 hias blog ni ? ni pun dah pening kepala nak ngedit . sebab tu aku pakai blogskin je :p

lepas solat maghrib tadi , dia datang dekat aku yang tengah berfacebook . pastu dia suruh aku buatkan dia blog . adoiyyaa -_- aku cakap la bukan senang nak buat blog ni . dia kena ikut step la bla bla bla . pastu dia suruh aku ajar dia , biar dia buat sendiri . ehh , bajet pandai je budak ni . aku cakap la , adik bukan reti pun nak tulis2 apa bagai . pastu dia cakap , ajarlahh . dia mula lah nak berhujah , tapi aku tak layan . last2 dia dah nak pergi kat mama aku . tengah2 dia jalan tu , dia pun sebut2 nama yang dia jumpa dalam buku aku tuh . aiiyaaa , terkejut wehh . takut pun ada . dah la mama aku kenal nama yang dia jumpa tuh . ni kes naya ni . so aku panggil dia datang pada aku . dia taknak pada mulanya . tapi last2 dia atang jugak . pastu aku tanay la mana dia jumpa nama tu ? dia cakap la dia jumpa buku aku masa dia masuk dalam bilik aku . aku pun nak la jugak cover tekejut aku tu . pastu aku marah dia . aku cakap nape pandai2 je buka buku orang ? pastu dia cakap yang dia terjumpa buku tu .adoii -_-mampus aku .

aku bagi warning kat dia jangan pandai2 nak sebut2 nama tu . dia cakap , kalau aku buatkan dia blog , dia takkan bagitau sape2 . sekali aku nak ugut dia , aku pulak yang diugut . dengan terpaksanya aku cakap la okeyy . dia suruh aku buat sekarang jugak sebenarnya . tapi aku kelentong dia . aku cakap yang line tak laju . tak boleh buat lagi . nanti dia ambik masa yang lama . dia paksa jugak , aku cakap la itu ini itu ini itu ini bla bla bla . dah dia pergi dahh . fuhh , legaa :)

walaupun macam tuu , aku tetap runsing . macam mana kalau dia bagi tau mam aku ? noo !! kalau bagi tau kakak2 aku tu boleh la jugak nak telan , tapi kalau bagi tau mama aku , mampus ! dah la mama aku kenal sangat2 dengan nama tuu . and , aku harap jugak yang mama aku tak dengar masa asik aku sebut nama tu tadi . i do really hope so . kalau la aku ada kuasa magik , nak je aku buat yang adik aku lupa pasal nama tuu . scary maaa ;o aduhai adikk , jangan la seksa kakakmu ini ;'(

Easy Peasy Giveaway by FD part 2


Assalamualaikum.


klik banner untuk join


Senarai hadiah:
Set Shawl Cinta Jannah x 2, Dress x 2, Inner Magic + shawl x 3, Topup RM30 x 1, Topup RM10 x 1, Topup RM5 x 1, Novel Love You Mr. Arrogant x 1, Button Badge Blogger x 6, Inner Bawal x 3, Miniature Watch x 1, Doodle x 1, dan Coklat Oreo x 1.

Easy Peasy Giveaway dianjurkan oleh Fatin Diana dan disponsor oleh Fatin Diana, Liliy Scarf, Blog Ieta, Daily Dress, Rubiey Scarf, LAC Touch Boutique, Miniature watch Malaysian Seller, Afifah Anuar, KAMI Banner Design, dan Chocolate A M.

Tamat 8 Nov 13, 10 malam


  • Set Shawl Cinta Jannah Inner 
  • Magic + Shawl 
  • Miniature Watch