ALLAH Maha Mengetahui

Assalamualaikum .

2nd entry foe this night !! hehe

memang tidak dinafikan , kadang2 bila kita ada problem , kita akan terus down . aku pon macam tu lah . tambah2 lagi aku ni jenis yang susah nak share something dengan sape2 . so aku pendamkan je .

okey , bermula dengan hari ahad sampai lah hari rabu aku menduduki ujian pkbs 1 . soalan memang susah . dah hari ni hari khamis . ada 4 subject lagi yang aku tak tahu result . harap2 okey . bagi aku , result aku sanagatlah teruk . mathematic aku dapat 66% . sejarah 47& . sains 55% . pai 80% . arab 84% . see ? baru 2a . tu pon a cukup2 makan je . kat sekolah tadi memang aku dah nagis dah tambah2 lagi lepas tahu result 47 . memang aku lemah subjek ni . down terus lpas tahu rezad sejarah . tapi aku tahu , rezad pkbs 1 bukanlah penentu yang aku tak akan dapat 9a dalam pmr nanti . cikgu sejarah aku pon cakap macam tu . dia cakap : xpe , fakta sejarah tu tak cair lagi . masih pekat . haha .

naseb baik lah lepas tu aku tahu rezad pai dan bahasa arab . naseb baek dapat a . even a cukup2 makan , tapi aku tetap bersyukur . in shaa Allah , selagi ada masa , aku nak berusaha lagi . mungkin ALLAH dah tetapkan yang lebih baik dari ni . ALLAH lebih tahu kan ?


Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah. Hati pula sibuk rasa gelisah. Diri juga semakin menggelabah. Kenapa ya? Lupakah kita pada Allah?? Lupakah kita pada ganjaran Jannah?? Lupakah kita pada erti sebuah tabah?? Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas. Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya. Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung. Kenapa mesti rasa begitu ya? Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita?? Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita??

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu sedih. Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan. Kenapa begitu ya? Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya?? Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati?? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara??

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu? Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu? Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu dalam rendaman air mata semata-mata? Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…
Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…
Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…
Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia, ingatlah, Allah matlamat utama kita..



Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..
Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..
Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..
Suka duka bersama-Nya..
Sabarlah kerana Allah..
Redalah dengan segala rencana Allah..
Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..
Insya-Allah..
Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’..!


maybe ada hikmah disebalik semua ni . seteruk mana pon result aku , aku tak boleh biarkan ke-down-an tu terus menghimpit aku . ALLAH is always with me . if at the beginning ALLAH dah kasi aku rezad yang baik , aku mesti akan leka . at least , aku akan usaha again and again supaya at the end aku boleh rasai manisnya kejayaan . 

*segala info di atas aku kreditkan ke http://wana93.wordpress.com