Bila makan YOSS , saya terus ingat kat awak .

Assalamualikum ,

adudu , title kat atas mcam jiwang karat kan ? haha . tapi siyes la . setelah sekian lam aku tak makan biskut YOSS , aku terus ingat kat dia . rindu sangatt . dah hampir 2 tahun lebih tak jumpa dia . kenapa aku rindu dia bila ku makan YOSS ? sebabnya dia suka sangat makan YOSS dulu . dia pernah kasi aku biskut YOSS dia . haha . sweet tak ?? so sweeet . that's why la ku teringat gile2 kat dia masa aku makan YOSS tadi . nak dia ! nak dia ! *gedik loh* haha .

I Miss You #LikeOrangGilak !


aku rindu kau ! kau tahu takk ? tiap2 hari aku tunggu kau text aku . tapi sia2 je sebab kau langsung tak text aku . aku harap kau still ingat aku lagi walaupon dah 2 tahun lbih kita tak jumpa :')

p/s : patotnya aku masukkan gambar aku pegang biskut yoss dalam entri ni . tapi disebabkan memori card aku buat hal , niatku itu tidak kesampaian . sedeh~ ;(

p/s 2 : sori jiwang siket malam ni . huhu , jarang aku nak tulis entri macam ni . XP

Gelak Sakan ~



Assalamualaikum ,

sila baca gambar di atas . hahaha . suko selok aku baco brito lek atah . haha . kalau orang kelantan mesti faham kan ? maen dekcak ambak , rumkah pokok ,gurau bewak . buahahaha .

meh nak translate :

Machang : seorang budak dilaporkan koma akibat terjatuh di tempat taman permainan . mengikut keterangan saksi iaitu Junuh Rabik : mula2 budak itu amat asyik sekali bermain di taman itu . ada yang bermain kejar2 , ada yang berlari , ada yang bermain jongkang jongket , ada yang bermain gelongsor , ada yang bermain bola katak dan tak ketinggalan jugak ada yang memanjat pokok sambil dia duduk di dahan yang lembut itu . mangsa iaitu Mat ketika itu dia sedang asyik sangat bermain dan bergurau biawak (bergurau secara berlebih-lebihan) dengan kawan-kawannya. diorang ingatkan main saje2 je , tak sangka pulak yang mat ni bergurau biawak . kawan mat melemparkan mat tanah kor (tanah yang keras) hingga darah membuak-buak di kepala Mat . Mat tidak sedarkan diri kini dirawat di HKB . sekian laporan Machang Kelantan .. sekian ~

hehe , yang lawaknya adalah pemberita tu cuba men_standart_kan bahasa kelantan . macam2 bunyi jadi . bergurau bewak lah , ndoii lah , darah belecan lah . haha . tu je yang aku nak kongsikan sebelum aku balik ke asrama petang nih . bubye !

A Day At Home Is Not Enough

Assalamualaikum ,

petang ni dah kena masuk asrama balik dah . tanak ! tanak ! esok ada sekolah ganti . so boleh balik satu hari je . petang semalam balik petang ni dah kena pegi asrama balik . yang tak balik pon ada . dah la balik satu hari je , mama pulak demam . kesian mama . abah la yang ambik tugas memasak untuk makan tengah hari . dan aku sebagai anak perempuan yang bertangunggajawab ,*ayat x bleh blah!* meonjadi pembantu abah di dapur . hoho .

pagi tadi baru aku cuci semua baju yang aku bawak balik . hoho , teruk kan ? bila dah kering , aku iron lah . pastu bawak pegi asrama . aku bawak balik satu beg je , tu pon beg sekolah . tak kuasa nak bawak balik beg banyak2 . kalau balik satu minggu okey gak , tapi satu hari je .

walaupun satu hari , aku puas balik kali ni . sebabnya ? makanan yang dah lama aku nak makan akhirnya tercapai jugak . nak harap mak cik dewan makan serves makanan ni jangan mimpi lah . dah lama tak makan , tup2 balik ni boleh jugak makan .

~chicken chop - tercapai
~ais krim magnum chocolate brownie - tercapai

tak sangka betol boleh makan dua benda tu . huhu . epy seyh . gtg . aku nok g makey nasik dulu . bubye ! ;)

ALLAH Maha Mengetahui

Assalamualaikum .

2nd entry foe this night !! hehe

memang tidak dinafikan , kadang2 bila kita ada problem , kita akan terus down . aku pon macam tu lah . tambah2 lagi aku ni jenis yang susah nak share something dengan sape2 . so aku pendamkan je .

okey , bermula dengan hari ahad sampai lah hari rabu aku menduduki ujian pkbs 1 . soalan memang susah . dah hari ni hari khamis . ada 4 subject lagi yang aku tak tahu result . harap2 okey . bagi aku , result aku sanagatlah teruk . mathematic aku dapat 66% . sejarah 47& . sains 55% . pai 80% . arab 84% . see ? baru 2a . tu pon a cukup2 makan je . kat sekolah tadi memang aku dah nagis dah tambah2 lagi lepas tahu result 47 . memang aku lemah subjek ni . down terus lpas tahu rezad sejarah . tapi aku tahu , rezad pkbs 1 bukanlah penentu yang aku tak akan dapat 9a dalam pmr nanti . cikgu sejarah aku pon cakap macam tu . dia cakap : xpe , fakta sejarah tu tak cair lagi . masih pekat . haha .

naseb baik lah lepas tu aku tahu rezad pai dan bahasa arab . naseb baek dapat a . even a cukup2 makan , tapi aku tetap bersyukur . in shaa Allah , selagi ada masa , aku nak berusaha lagi . mungkin ALLAH dah tetapkan yang lebih baik dari ni . ALLAH lebih tahu kan ?


Bila ujian dan dugaan bertandang, jiwa mula resah. Hati pula sibuk rasa gelisah. Diri juga semakin menggelabah. Kenapa ya? Lupakah kita pada Allah?? Lupakah kita pada ganjaran Jannah?? Lupakah kita pada erti sebuah tabah?? Lupakah kita bahawa ketenangan itu ada pada Allah??

“(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)

Bila kita ditimpa ujian demi ujian yang bertali arus, diri mula terasa lemas. Ingin berputus asa dari bergantung harap pada-Nya. Rasa ingin mati secepat yang mungkin walaupun amalan tak setinggi gunung. Kenapa mesti rasa begitu ya? Lupakah kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita?? Lupakah kita bahawa Allah terlalu sayangkan kita??

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Bila insan kecintaan kita seperti ibu bapa, suami isteri, anak-anak, sahabat dan para guru pergi meninggalkan kita untuk selama-lamanya, kita terus dibelenggu sedih. Kecewa berpanjangan dan muram terhadap setiap keadaan. Kenapa begitu ya? Lupakah kita pada ujian Nabi terdahulu yang lebih dahsyat lagi dugaannya?? Lupakah kita bahawa setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati?? Lupakah kita bahawa dunia ini hanya sementara??

“Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapa tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (setan) memperdayakan kamu dalam (menaati) Allah.” (Surah Luqman : 33)

Di mana ketabahanmu saat dugaan menyapa jiwamu? Di mana sabarmu tika ujian melanda atmamu? Di mana kekuatanmu saat ombak derita cuba menghanyutkanmu dalam rendaman air mata semata-mata? Di mana kebergantunganmu pada Allah saat dunia mula menutup mata hatimu?

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) salat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (Surah Al-Baqarah : 45)

Bila hati resah dan gelisah, ingatlah, kita punya Allah…
Bila jiwa mula bergelora dengan gundah-gulana, jangan kita lupa, Allah selalu ada…
Bila diri mula dihimpit rasa duka, ingatlah, kita ada Allah…
Bila dada terasa lemas dan sesak dengan asakan cinta dunia, ingatlah, Allah matlamat utama kita..



Jangan hanya di waktu susah kita mengingati-Nya..
Tapi, di waktu senang juga, jangan sesekali lupakan-Nya..
Susah senang diiringi dengan ingatan hanya pada-Nya..
Suka duka bersama-Nya..
Sabarlah kerana Allah..
Redalah dengan segala rencana Allah..
Syukurlah dengan segala aturan-Nya untuk kita..
Insya-Allah..
Mukmin yang kuat itu tidak ada dalam kamus hidupnya erti ‘putus asa’..!


maybe ada hikmah disebalik semua ni . seteruk mana pon result aku , aku tak boleh biarkan ke-down-an tu terus menghimpit aku . ALLAH is always with me . if at the beginning ALLAH dah kasi aku rezad yang baik , aku mesti akan leka . at least , aku akan usaha again and again supaya at the end aku boleh rasai manisnya kejayaan . 

*segala info di atas aku kreditkan ke http://wana93.wordpress.com

Aku Sayang Dan Benci Mereka

Assalamualaikum ,

nampak title ? pelik takk ? mereka ? siapa mereka ? mereka adalah kawan aku . mereka tak sedar yang mereka selalu sakitkan hati aku . mungkin bagi mereka biasa2 je . tapi aku kecewa sangat . aku stress sangat dengan diorang .

diantara mereka , ada sorang ni yang tak mengaku yang aku ni bestfriend dia . aku kecik hati jugak ,tapi aku buat derk je . dah la depan aku dia nafikan . aku sayang dia sebab dia kawan aku . tak nak lah cite panjang2 . tapi , kalau dia baca entry ni , aku harap dia faham .

chill aliah :)

Kembali ! :D

Assalamualaikum !

po kabo antum dan antunna sekalian ? sehot ko tidokk ? okey , enough aliah ! bahasa apa lah yang kau pakai ni ? haha .
KEMBALI ? apa yang kembali ? aku lahh . haha . rindu aku takk ? rindu lattew . hui perasan ! dah lama dah aku buat blog aku ni privacy . hoho . ramai yang tanya aku tak blogging lagi ke sekarang ?
oleh disebabkan beberapa faktor yang aku tak dapat elakkan , so aku buat privacy kejap . dan sekarang , aku kembali . hepi seyh ! blog aku pon dah di renovate . dah berwajah baru .

esk dah sabtu . maknanya esok aku dah kena masuk asrama . no !! aku taknak ! dah la fon aku dah kena rampas . sakit sungguh hati ni . naseb baik la fon biasa2 je . kalau yang mahal , aku nanges samapai keluar air mata darah la . taknaklah cite pasal ni , buat sakit hati je bila ingat balik sape yang lapor . okey , habis crita pasal ni . aku nak chaw dulu . nak buat latihan pai . bubye :)