pusing kb mall

Assalamualaikum ,

semalam kan , aku dan ipah g kb mall . fuhh ! letih . rancangnya nak pergi 5 orang , tup-tup aku ngan ipah je yang boleh pegi . tak kesah lah . dua orang pon jadilah . kitaorang sebenarnya nakpergi dengan bas , tapi atas beberapa faktor , pergi lah dengan teksi . bila kitaorang dah sampai , pak cik driver tu kata tambang 10 hengget . mahal gile kot . then aku pon kasi lah 10 hengget . pastu ipah nak bayar , pak cik tu kata kan aku dah bayar . owhh , maknanya tambang 5 hengget sorang . kira okey lah tu . tapi kalau naik bas lagi murah kan ?

kitaorang sampai kat kb mall dalam pukul 10.30 . cehh , kb mall masih tak bukak lagi daa . memang malu . haha . pastu kitaorang dup nyorok belakang tiang besar , tak bagi orang nampak . alah , ramai lagi orang lain yang dok tunggu situ jugak . tapi diaorang semua tunggu kat tangga . *nampak tak ke-excited-an diaorang nak masuk kb mall ? huahuahua . dekat2 pkul 11 baru lah ada pak cik datang bukak . then , semua yang dok tunggu kat tangga terus serbu masuk . *kan aku dah kata , mereka excited nak masuk kb mall . kdai pun baru nak bukak . bila kitaorang nak masuk , orang dah ramai ler . ingatkan kitaorang ni adalah dalam top 50 ke . pintu bawah tanah dia bukak awal , pkul 9 lagi . tapi kitaotang kan datang dengan teksi , takkan lah pakcik driver tuh nak peri masuk parking keta kat bawah tanah .

kedai pertama yang kitaorang masuk , kedai buku popular . hehe . kat situ , aku menghabiskan duit sebanyak RM 44.60 untuk sebuah novel yang bertajuk Cinta Untukmu , sebuah novel remaja yang bertajuk Demam Aishiteru dan sebuah komik yang bertajuk Coklat&Pudina . lepas tu kitaorang pusing2 kat tingkat tuh . kaki pon dah letih , so kitaorang pergi makan kfc . aku nak twister , kena tunggu 20 minit , oke tak jadi , pastu kitaorang order zinger double down , kena tunggu 20 minit , tak jadi jugak . last-last , order snack plate je . pastu air plak , ingatkan nak krusher , pastu kakak tu cakap cair lagi . last2 , air pepsi dan snack plate je . oke , makan , makan , makan .

siap makan tuh kitaorang sambung jalan-jalan lagi . ipah cakap dia nak cari seluar slack . banyak songeh betul budak ni , nak yang kain licin lah , tak nak yang kain kasar lah . itu lah , ini lah . jenuh aku nak ikut . haha . cari pun ya cari tak jumpa . pastu kitaorang pergi kat tempat lain dulu . aku nak cari beg . pastu kitaorang masuk kat parkway , tengok apa yang berkenan . oke , takda yang berkenan . keluar . pastu masuk kedai city apa entah . *tak ingat nama dia , yang pasti ada city2 lah . masuk nak tengok anak patung . bukan nak beli pon , saja-saja nak tengok . pastu seller dia datang , tanya nak apa , nak beli anak patung untuk hadiah ke , bla3 . pastu kitaorang keluar dari kedai tuh . pastu kitaorang bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain . letih doe . kitaorang pon beli mcflurry orea kat booth mcd . pastu makan . dah siap tuh , kitaorang pergi cari lagi seluar yang ipah nak . cari punya cari tak jumpa lagi . aku suruh dia beli jeans je , dia cakap jeans tak boleh bawak pergi asrama . pulak dah .

aku ajak ipah main bowling , dia tak nak sehh . pastu jalan-jalan lagi . then ipah cakap , kalau tak jumpa seluar slack , dia nak cari seluar track je . aishh , department deluar track tepi department seluar slack je . kami pon pergi ke situ untuk kali ke 3 . akhirnya  , jumpa la seluar track dia tu . dia beli seluar forest . pastu jalan lagi , aku nak cari beg . selagi tak jumpa beg yang aku cari , tak leh balik . huahuahua , kejam kan ? nasib baik lah jumpa jugak . yeay ! kitaorang tak pergi pon kat pacific . lepastu jalan lagi . beli itu , beli ini . last sekali , kitaorang masuk watson jap . aku nak beli pelekat anti black head . lepastu kitaorang pon cadang nak balik lah . dah dekat pkul 2 lebih dah . nak tunggu bas , tapi taktau bas dah lalu ke tak . tunggu punya tunggu tak de bas yang nombor 23 . okey , kitaorang pon cadang nak naik teksi je . time teksi tu brhenti kat traffic light , bas yang nombor 23 tu berhenti kat tepi teksi tuh . ahh ! menyesal tak tunggu bas je tadi .

oke , tu je yang akuy nak cite . pangjang bebenor doh entry aku nih . dah macam buat karang pulak . huahuauha .gambar xde , ipah ni bukannya senang nak bergambar . sori :)