memang tak boleh lupa !

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera ,

oke2 , aku pon taktau kenapa aku tiba2 rasa rajin nak cerita pasal pengalaman yang aku memang aku tak boleh lupa semasa kat SK Jelawat . kadang2 aku tersengeh sorang2 bila teringat balik pasal nih . malu ~ *.*

PERTAMA : kejadian ni jadi masa hari jumaat . hari tu aku ada kelas EOF . kelasaku ada satu fasa je . lepas kelas EOF habes , aku tak balik lagi . aku tak ingat sebab apa . yang pasti ipah ada sama masa tuh .  pastu , kitaorang nampak zureen dok dekat basikal dia . then , kitaorang dengan excited nya nak pinjam . zureen kasi la . pastu aku dan ipah pon naik la basikal tu gilir2 . kitaorang naik kat kaki lima , depan makmal komputer , depan library . then masa ipah tengah naik basikal tuh , aku baru perasan yang guru besar tengah perhatikan kitaorang kat tapak pembinaan . aku pon buat la isyarat mata nak suruh ipah stop . ipah yang memang dah nampak gb tu , terus turundari basikal  dan datang kat aku . gb pon mesti dah tau yang kitaorang dah perasan yang dia tengah perhatikan kitaorang . pastu dia panggil kitaorang . sumpah , lutut aku dah menggigil dah masa tuh . rasa nak nangis je . pastu dia tanya , naik basikal kat mana . kitaorang pun jawab la dengan jujur . nak tipu karang tak pasal2 pulak kantoi . pastu dia marah . dia tanya keas mana ? kitaorang cakap la kelas 6PS . makin dia marah . huhu , nyesal tak kelentong ja . time gb tengah marah kitaorang tuh , kelas EOF yang fasa kedua dah tamat . murid2 lain pon keluar . aduhh , malu seyh . tadi takpe la takde orang tengok . lepas gb dah puas membebel , di pegi kat mana entah . pastu aku dan ipah dah runsing ni . takot2 nanti sekolah hari ahad nanti gb akan panggil kitaorag masa kat perhimpunan . dahla hari ahad tu ada majlis anugerah 5a . sumpah , hari ahad tu aku rasa macam taknak je pegi sekolah . takot doe . tapi naseb baik la masa perhimpunan tuh gb tak ada cakap2 apa2 pasal ni masa dia berucap . masa nak pegi terima anugerah tu pon aku takot . aku takot dia perasan muka aku je . naseb baek tak . fuhh , lega ..

KEDUA : yang ni jadi masa hari ahad . masa tu ada perhimpunan . pastu , masa gb berucap tuh , dia pon ada la cakap pasal murid tahun 6 . kat tanagn dia ada dia pegang buku apa entah . tiba2 , dia cakap dia nak panggil nama murid tahun 6 yang gagal mengekalkan 5a dalam ujian pengesanan baru2 ni . ala , ujian pengesanan je kot , bukan ubb pon . sure nama aku kena panggil . ni semua sebab subjek sains la .pastu dia pon panggil nama sorang2 and sorang2 pon pergi la berdiri kat depan . ibu saudara aku kat belakang yang aku panggil umi cakap kat aku , sedia2 lah . gb dah nak panggil nama je tuh . bila gb panggil nama aku tuh , dengan tak berapa rela terpaksa juga aku melangkahkan kakiku ke depan . *huih ayat* . memang malu . kat depan tuh , aku dapat nampak semua pelajar kat sekolah tu yang tengah berdiri semasa perhimpunan tuh . aku nampak budak laki kelas 3waja dok sengeh2 kat aku . huh , apa sengeh2 ? taw la nak gelakkan aku lah tu . ipah pon ada sekali taw masa tuh . haha , dia berdiri tepi aku . bila masa rehat , aku pergi la ke bilik mama aku . tujuannya adalah , jeng3 . hehe , pegi mintak duit . soalan pertama yang aku terima dari cikgu kat bilik tuh : "best tak meerah berdiri kan depan tuh ?" .huihh , sindir aku dih . aku pon tayang gigi je . mama aku kata , padan muka , sape suruh taknak buat ulangkaji ? dah tau yang aku memang lemah sains . kat rumah pulak , mama aku cite kat family . kena gelak lagi . sabor je lah . pagi esoknya , aku ke kelas 3waja unutk menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab , berdisiplin dan berhemah . *cehh , bajet lebih* . budak2 laki kelas tu sindir aku , jahat punya budak . naseb la aku dapat kelas tu , kelas paling last . budak pompuan ada 3 orang je . budak laki adala dalam 20 lebih . kurang hajor baso budokk !!

hehe , maluu . yang pasal aku kena marah oleh gb sebab naik basikal dalam kawasan sekolah tu kan , smapai sekarang mama aku taktau . yang tau hanya aku dan ipah je , dan sesape yang baca post aku ni pasti tahu jugak . oke , tu je aku nak cite . aku nak tengok cite cinta bersemi di putih abu-abu plak *panjang bebenor nma sinetron nih* . XD\

p/s : aku pernah kena kejar oleh anjing masa aku pergi sarawak . hehe , naseb baik ada pakcik berbangsa cina sorang tuh tolong halau anjing tu . thanx a lot pakcikk . jasamu tetap ku kenang . haha