K.A.W.A.N

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
  
*maaf ek sekiranya saya ada tinggalkan lubang di hati awak-awak semua :)*

ERTI KAWAN :
 
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang .

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit .

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir .

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata .

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan .

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde .

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan... 

tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia ,selamanye dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 


kepada FAAQIAS gUrLz ,(Fazlin , Aisyah , Ipah , Qas , Atikah dan Ira) , terima kaseh sebab sentiasa bersama saya . macam lagu teman pengganti , ketawa bersama , menangis bersama , aku tak ingat dah ~ haha . lup u alls like orang gilak . kita kawan sampai mati
sep2 "netok" 6PS 2010 , sayang korang ! korang kawan aku dunia akhirat .
kawan2 di dato' perdana , At , Pood , Qlah , Elis , Yana , Lisa , Miza , Sofea , Zack , Kuna , Milin , Aqlima ,  dan ramai lagi , thanx you . sayang korang jugak . ketat2 !


Kami Buddyz , Takkan Terpisah !