asrama punya pasal .

Assalamualaikum ,

hari tu aku ada citer kan pasal yang mama suruh aku tinggal kat asrma ? ekceli , hari last sekolah hari tuh , aku pun dengan tidak relanya pergi la jumpa Papa Shahril merangkap warden KKSP . tu pun kalau ikutkan hati aku tanak pergi je , tapi kawan aku ni yang memang dah tak sabar nak masuk asrama . aku pon ikut jela . kan mama aku memang suruh aku masuk asrama .

then , aku , dayah , dan aqilah pergi la jumpa papa . mula2 kitorang ingat nak cari papa kat bilik disipin . tapi dah terserempak pulak dengan papa kat tangga guru . pastu kitorang pon cakap la kat papa yang kitorang nak masuk asrama tahun depan . pastu papa cakap , pergi masuk dalam kawasan asrma , kat papan kenyataan depan kiosk tuh ada senarai nama penghuni asrama bagi tahun 2013 sekali dengan dorm . pastu papa suruh tulis nama katv dorm mana yang berkenan .

sebelum ni , tkah kata , kalau boleh mintak dengan papa supaya aku dapat sedorm dengan dia . time nak tulis nama tuh , aku tak ingat tikah duduk kat dorm mana . puas cari tak jumpa2 jugak . qilah pon tlom la carik skali . tak jumpa jgak . wisya pon ada skali time tuh . dia pon suruh je aku tulis dulu nama kat dorm skali dengan dia . dengan berat hatinya aku pon tulis lah . then , nisha pon lalu kat situ . aku tanya la dia , tikah dok kat dorm mana . dia cakap dorm 19 . cari2 kat dorm 19 , adalah nama insan yang bernama Nur Atikah bt Jaffar itu . kemudian , aku dengan hati yang walangnya kembali la ke sekolah .

sampai kat kelas , aku pun kasitau tikah yang aku dah tulis nama kat dorm 23 . pastu tikah pon cakap biar dia tolong padam nama aku masa dia nak naik dorm nnti and tulis balik nama aku kat dorm 19 . aku pon tersengeh la . then aku pon menconteng la whteboard puas2 sampai la balik .

bila aku dah masu dalam kereta , aku cakap la kat mama yang aku dah tulis nama untuk masuk asrama . mama aku pon senyum , dia kata , masuk jugak , hari tu bukan maen lagi tak nak .

pada sebelah malam pulak kan , tikah kol aku . dia gitau aku , masa dia nak padam nama aku tu , Cik Na datang . cik na cakap , mana boleh padam nama sesuka aty . pastu cik na pon bagi la tazkirah siket2 . haha , kesian tikah . then , tikah pon explain la kat cikna . so nama aku ada dalam senarai penghuni dorm 19 la .

tapi sampai sekarang , aku masih lagi tak sure , sama ada nak masuk asrama ke tak . aku bagitau tikah tentang ke'was-was'an aku neh . then tikah cakap , dia samapai kena marah dengan cik na sbab nak tulis nama aku tuh , aku dengan senang2 tak bak duduk asrama pulak .

p/s : pnjg pulak citer aku kali ni . tapi sumpah , aku tak tahu sama ada nak tinggal kat asrama atau kat rumah . penim >,<