Form 3 :')

Assalamualaikum ,

lama aku tak hapdet blog ni kan ? act , aku buat privacy jap . ingt nak edit siket2 , tapi oleh sebab kemalasan mula melanda diri , niat aku tu tak tercapai . huhu .

tadi kan , aku pergi sekolah . nak daftar untuk sesi 2013 . daftar nak masuk sekolah dengan masuk asrama sekali . sampai kat sekolah tu , aku terus pergi kat papan kenyataan . cari punya cari nama aku . lastly jumpa jugakk . alhamdulillah , nama aku ada dalam list 3aked . haha , tak sangka . dan yang paling best lagi , mamat-mamat perfect yang poyo tu dah tak sekelas dengan aku . alhamdulillah . terima kasih ya allah . boleh la aku belajar dengan aman . kuikuikui .

oke , tu je aku nak cite . act banyak lagi yang aku nak cite , tapi malas . haha .

Simple Giveaway by NFH

Assalamualaikum , 

nampak banner pink kat atas tuh ? aku join giveaway tuh . kalau ada rezeki , in Sha Allah dapat . kalau tak dapat , takpe . redha je :)

okey , nak join giveaway ni senang je . ada 5 syarat je . 

syarat-2 yang perlu dipatuhi :

2. wajib follow atau like semua page-2 cik sponser . page-2 beliau boleh didapati di sini .
3. buat satu entry yang macam aku buat nih . pastikan entry korang tuh diberi tajuk "Simple Giveaway by NFH" .
4. kemudian korang copy banner kaler pink kat atas tu dan backlink ke entry giveaway ni di blog kak farahuda .
5. letakkan link enrty yang korang buat tu hanya dekat link enrty giveaway ni je . kalau korang letak kat cbox ke atau apa saja yang seangkatan dengannya TIDAK AKAN DITERIMA .

korang tak perlu nak tag sape-2 . korang hanya perlu promote je giveaway ni . hadiah dia pon cun jugakk . hadiah disediakan untuk top refferal dan entry yang menarik . so , harap-2 enrty aku ni menarik la . btw , korang klik je kat banner pink tu kalau berminat untuk join .ga ni terbuka sehingga pukul 10 malam 31 Disember 2012 .

p/s : aku rasakan , kalau korang taknak join ga ni pon korang patut follow blog kak farahuda . cantekk blog dia . pastu ada tutorial , tips , freebies dan sangat menarikk . tak rugi pon follow kan ? sambil-2 dapat upkan followers . xD

memang tak boleh lupa !

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera ,

oke2 , aku pon taktau kenapa aku tiba2 rasa rajin nak cerita pasal pengalaman yang aku memang aku tak boleh lupa semasa kat SK Jelawat . kadang2 aku tersengeh sorang2 bila teringat balik pasal nih . malu ~ *.*

PERTAMA : kejadian ni jadi masa hari jumaat . hari tu aku ada kelas EOF . kelasaku ada satu fasa je . lepas kelas EOF habes , aku tak balik lagi . aku tak ingat sebab apa . yang pasti ipah ada sama masa tuh .  pastu , kitaorang nampak zureen dok dekat basikal dia . then , kitaorang dengan excited nya nak pinjam . zureen kasi la . pastu aku dan ipah pon naik la basikal tu gilir2 . kitaorang naik kat kaki lima , depan makmal komputer , depan library . then masa ipah tengah naik basikal tuh , aku baru perasan yang guru besar tengah perhatikan kitaorang kat tapak pembinaan . aku pon buat la isyarat mata nak suruh ipah stop . ipah yang memang dah nampak gb tu , terus turundari basikal  dan datang kat aku . gb pon mesti dah tau yang kitaorang dah perasan yang dia tengah perhatikan kitaorang . pastu dia panggil kitaorang . sumpah , lutut aku dah menggigil dah masa tuh . rasa nak nangis je . pastu dia tanya , naik basikal kat mana . kitaorang pun jawab la dengan jujur . nak tipu karang tak pasal2 pulak kantoi . pastu dia marah . dia tanya keas mana ? kitaorang cakap la kelas 6PS . makin dia marah . huhu , nyesal tak kelentong ja . time gb tengah marah kitaorang tuh , kelas EOF yang fasa kedua dah tamat . murid2 lain pon keluar . aduhh , malu seyh . tadi takpe la takde orang tengok . lepas gb dah puas membebel , di pegi kat mana entah . pastu aku dan ipah dah runsing ni . takot2 nanti sekolah hari ahad nanti gb akan panggil kitaorag masa kat perhimpunan . dahla hari ahad tu ada majlis anugerah 5a . sumpah , hari ahad tu aku rasa macam taknak je pegi sekolah . takot doe . tapi naseb baik la masa perhimpunan tuh gb tak ada cakap2 apa2 pasal ni masa dia berucap . masa nak pegi terima anugerah tu pon aku takot . aku takot dia perasan muka aku je . naseb baek tak . fuhh , lega ..

KEDUA : yang ni jadi masa hari ahad . masa tu ada perhimpunan . pastu , masa gb berucap tuh , dia pon ada la cakap pasal murid tahun 6 . kat tanagn dia ada dia pegang buku apa entah . tiba2 , dia cakap dia nak panggil nama murid tahun 6 yang gagal mengekalkan 5a dalam ujian pengesanan baru2 ni . ala , ujian pengesanan je kot , bukan ubb pon . sure nama aku kena panggil . ni semua sebab subjek sains la .pastu dia pon panggil nama sorang2 and sorang2 pon pergi la berdiri kat depan . ibu saudara aku kat belakang yang aku panggil umi cakap kat aku , sedia2 lah . gb dah nak panggil nama je tuh . bila gb panggil nama aku tuh , dengan tak berapa rela terpaksa juga aku melangkahkan kakiku ke depan . *huih ayat* . memang malu . kat depan tuh , aku dapat nampak semua pelajar kat sekolah tu yang tengah berdiri semasa perhimpunan tuh . aku nampak budak laki kelas 3waja dok sengeh2 kat aku . huh , apa sengeh2 ? taw la nak gelakkan aku lah tu . ipah pon ada sekali taw masa tuh . haha , dia berdiri tepi aku . bila masa rehat , aku pergi la ke bilik mama aku . tujuannya adalah , jeng3 . hehe , pegi mintak duit . soalan pertama yang aku terima dari cikgu kat bilik tuh : "best tak meerah berdiri kan depan tuh ?" .huihh , sindir aku dih . aku pon tayang gigi je . mama aku kata , padan muka , sape suruh taknak buat ulangkaji ? dah tau yang aku memang lemah sains . kat rumah pulak , mama aku cite kat family . kena gelak lagi . sabor je lah . pagi esoknya , aku ke kelas 3waja unutk menjalankan tugas sebagai seorang pengawas yang bertanggungjawab , berdisiplin dan berhemah . *cehh , bajet lebih* . budak2 laki kelas tu sindir aku , jahat punya budak . naseb la aku dapat kelas tu , kelas paling last . budak pompuan ada 3 orang je . budak laki adala dalam 20 lebih . kurang hajor baso budokk !!

hehe , maluu . yang pasal aku kena marah oleh gb sebab naik basikal dalam kawasan sekolah tu kan , smapai sekarang mama aku taktau . yang tau hanya aku dan ipah je , dan sesape yang baca post aku ni pasti tahu jugak . oke , tu je aku nak cite . aku nak tengok cite cinta bersemi di putih abu-abu plak *panjang bebenor nma sinetron nih* . XD\

p/s : aku pernah kena kejar oleh anjing masa aku pergi sarawak . hehe , naseb baik ada pakcik berbangsa cina sorang tuh tolong halau anjing tu . thanx a lot pakcikk . jasamu tetap ku kenang . haha 

pusing kb mall

Assalamualaikum ,

semalam kan , aku dan ipah g kb mall . fuhh ! letih . rancangnya nak pergi 5 orang , tup-tup aku ngan ipah je yang boleh pegi . tak kesah lah . dua orang pon jadilah . kitaorang sebenarnya nakpergi dengan bas , tapi atas beberapa faktor , pergi lah dengan teksi . bila kitaorang dah sampai , pak cik driver tu kata tambang 10 hengget . mahal gile kot . then aku pon kasi lah 10 hengget . pastu ipah nak bayar , pak cik tu kata kan aku dah bayar . owhh , maknanya tambang 5 hengget sorang . kira okey lah tu . tapi kalau naik bas lagi murah kan ?

kitaorang sampai kat kb mall dalam pukul 10.30 . cehh , kb mall masih tak bukak lagi daa . memang malu . haha . pastu kitaorang dup nyorok belakang tiang besar , tak bagi orang nampak . alah , ramai lagi orang lain yang dok tunggu situ jugak . tapi diaorang semua tunggu kat tangga . *nampak tak ke-excited-an diaorang nak masuk kb mall ? huahuahua . dekat2 pkul 11 baru lah ada pak cik datang bukak . then , semua yang dok tunggu kat tangga terus serbu masuk . *kan aku dah kata , mereka excited nak masuk kb mall . kdai pun baru nak bukak . bila kitaorang nak masuk , orang dah ramai ler . ingatkan kitaorang ni adalah dalam top 50 ke . pintu bawah tanah dia bukak awal , pkul 9 lagi . tapi kitaotang kan datang dengan teksi , takkan lah pakcik driver tuh nak peri masuk parking keta kat bawah tanah .

kedai pertama yang kitaorang masuk , kedai buku popular . hehe . kat situ , aku menghabiskan duit sebanyak RM 44.60 untuk sebuah novel yang bertajuk Cinta Untukmu , sebuah novel remaja yang bertajuk Demam Aishiteru dan sebuah komik yang bertajuk Coklat&Pudina . lepas tu kitaorang pusing2 kat tingkat tuh . kaki pon dah letih , so kitaorang pergi makan kfc . aku nak twister , kena tunggu 20 minit , oke tak jadi , pastu kitaorang order zinger double down , kena tunggu 20 minit , tak jadi jugak . last-last , order snack plate je . pastu air plak , ingatkan nak krusher , pastu kakak tu cakap cair lagi . last2 , air pepsi dan snack plate je . oke , makan , makan , makan .

siap makan tuh kitaorang sambung jalan-jalan lagi . ipah cakap dia nak cari seluar slack . banyak songeh betul budak ni , nak yang kain licin lah , tak nak yang kain kasar lah . itu lah , ini lah . jenuh aku nak ikut . haha . cari pun ya cari tak jumpa . pastu kitaorang pergi kat tempat lain dulu . aku nak cari beg . pastu kitaorang masuk kat parkway , tengok apa yang berkenan . oke , takda yang berkenan . keluar . pastu masuk kedai city apa entah . *tak ingat nama dia , yang pasti ada city2 lah . masuk nak tengok anak patung . bukan nak beli pon , saja-saja nak tengok . pastu seller dia datang , tanya nak apa , nak beli anak patung untuk hadiah ke , bla3 . pastu kitaorang keluar dari kedai tuh . pastu kitaorang bergerak dari satu kedai ke kedai yang lain . letih doe . kitaorang pon beli mcflurry orea kat booth mcd . pastu makan . dah siap tuh , kitaorang pergi cari lagi seluar yang ipah nak . cari punya cari tak jumpa lagi . aku suruh dia beli jeans je , dia cakap jeans tak boleh bawak pergi asrama . pulak dah .

aku ajak ipah main bowling , dia tak nak sehh . pastu jalan-jalan lagi . then ipah cakap , kalau tak jumpa seluar slack , dia nak cari seluar track je . aishh , department deluar track tepi department seluar slack je . kami pon pergi ke situ untuk kali ke 3 . akhirnya  , jumpa la seluar track dia tu . dia beli seluar forest . pastu jalan lagi , aku nak cari beg . selagi tak jumpa beg yang aku cari , tak leh balik . huahuahua , kejam kan ? nasib baik lah jumpa jugak . yeay ! kitaorang tak pergi pon kat pacific . lepastu jalan lagi . beli itu , beli ini . last sekali , kitaorang masuk watson jap . aku nak beli pelekat anti black head . lepastu kitaorang pon cadang nak balik lah . dah dekat pkul 2 lebih dah . nak tunggu bas , tapi taktau bas dah lalu ke tak . tunggu punya tunggu tak de bas yang nombor 23 . okey , kitaorang pon cadang nak naik teksi je . time teksi tu brhenti kat traffic light , bas yang nombor 23 tu berhenti kat tepi teksi tuh . ahh ! menyesal tak tunggu bas je tadi .

oke , tu je yang akuy nak cite . pangjang bebenor doh entry aku nih . dah macam buat karang pulak . huahuauha .gambar xde , ipah ni bukannya senang nak bergambar . sori :)

kesedaran

Assalamualaikum ,

kesedaran ? maalam tadi aku tido pukul 4 lebih . aku tak boleh tido . pastu aku bukak fb pakai fon , download game dan macam2 lagi lah . lepas dah puas buat semua benda tuh , aku cuba nak tido . then , aku pon muhasabah diri la . haha , klaka kan ? tapi itulah kenyataan . hehe .

aku fikir macam2 pasal hidup ni . kita hidup pon bukan untuk selamanya kan ? mungkin esok , mungkin lusa atau mungkin jugak lepas ni kita akan mati . siapa tahu kan ? macam manusia yang lain , aku pon tak terlepas dari melakukan dosa . tak kira lagi dengan dosa yang aku lakukan tanpa sedar . mungkin hal kecik je , tapi dosa tetap dosa .

pastu , aku pun terfikir gak , tahun depan aku kan dah nak pmr . kalau aku masih lagi camni , boleh ke aku berjaya ? kat sekolah pon aku pernah buat dosa . tak siapkan homework , tak beri tumpuan masa cikgu mengajar , bercakap masa cikgu tengah mengajar , bawak handphoen walaupon bukak time rehat dan cikgu tak de dalam kelas , tu pun kira dosa jugak kan ? even benda remeh-temeh camni pun kan ?? so , betapa banyaknya dosa aku . in shaa Allah tahun dpan aku boleh dapat 9a .

ustaz aku pernah cakap , tak kiralah kita buat apapun , semuanya akan dikira . jika kita buat baik , dapat pahala . jika kita buat jahat , dapat dosa . tak kiralah kejahatan yang kita buat tu sebesar zarah sekalipun , dosa tetap dosa . selagi ada masa , bertaubatlah .

ustazah aku pernah cakap , orang yang dalam neraka , merayu-rayu pada Allah untuk kembali ke dunia sebab nak melengkapkan ibadah mereka yang tak lengkap . sebab mereka nak bagitahu saudara-mara supaya jangan meninggalkan ibadah .

ustazah aku jugak ada cakap , bula kita dah mati , jika kita berbuat baik semasa di dunia , jika kita tidak meninggalkan ibadah yang Allah suruh , malaikat munkar dan nakir datang nak menyoal kita kita dengan wajah yang berseri seri . tapi , jika di dunia kita melakukan sebaliknya , malaikat datang dengan wajah yang garang , yang menakutkan .

Nabi Muhammad s.a.w  pernah bersabda: "Andaikan kamu berbuat dosa sehingga dosamu mencapai langit, kemudian kamu bertaubat nescaya Allah s.w.t. memberi keampunan kepada maku" (Riwayat Ibn Majab)

in shaa Allah , malam nanti aku akan buat solat sunat taubat . semoga solat aku diterima oleh Allah .
Nabi Muhammad jugak pernah bersabda , sembahyang sunat dua rakaat di tengah malam dapat menghapuskan dosa-dosa .

dan tahun depan , in shaa Allah , 9a milik aku . aku janji akan belajar bersungguh-sungguh . pray for me :) go ! go ! go ! aliah boleh !!!

K.A.W.A.N

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat
mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.
Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk
apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.

"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita
ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama
sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu
tersebut.

Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya,
jumlah paku yang digunakan juga berkurangan.
Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku
menembusi tembok batu tersebut. Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana
pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.
Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira.
Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu
satu persatu, pada setiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.
Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku
tersebut. Pemuda tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada
bapanya dengan bangganya.
Bapanya lantas memimpin tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau
telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan
lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan
sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan
sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama
seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.
Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas
perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih
pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar, berkongsi suka dan duka dan
sentiasa membuka hatinya kepada kita.
  
*maaf ek sekiranya saya ada tinggalkan lubang di hati awak-awak semua :)*

ERTI KAWAN :
 
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang .

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit .

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir .

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana .

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata .

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan .

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde .

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!
dia tetap kawan... 

tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia ,selamanye dia tetap kawan aku...
itu cara aku berkawan..!! 


kepada FAAQIAS gUrLz ,(Fazlin , Aisyah , Ipah , Qas , Atikah dan Ira) , terima kaseh sebab sentiasa bersama saya . macam lagu teman pengganti , ketawa bersama , menangis bersama , aku tak ingat dah ~ haha . lup u alls like orang gilak . kita kawan sampai mati
sep2 "netok" 6PS 2010 , sayang korang ! korang kawan aku dunia akhirat .
kawan2 di dato' perdana , At , Pood , Qlah , Elis , Yana , Lisa , Miza , Sofea , Zack , Kuna , Milin , Aqlima ,  dan ramai lagi , thanx you . sayang korang jugak . ketat2 !


Kami Buddyz , Takkan Terpisah !

Result !!!!

Assalamualaikum ,

gempak x tajuk kat atas tuh ? okey , hari ni aku nak citer pasal rezad ujian akhir tahun a.k.a pkbs3 . oleh disebabkan aku dah tak sabar nak taw rezad kan , so aku pon cehck la kat saps . fuh , sekali check , membulat mata aku . biar betul , 6a3b ? bila aku check betol2 , baru 4a 3b . yang dua a lagi untuk subjek sivik dan jugak pendidikan jasmani . alah tak kira la yang tu kan . mungkin cikgu aku tak masukkan lagi markah untuk subjek english and sejarah , sebab tu lah takde . tapi aku harap2 sangatlah yang aku boleh a untuk kedua-dua subjek tu . 

kalau dua subjek lagi tu aku dapat a , so gred aku hanayalah 6a3b lah . setakat nih aku baru taw markah untuk subjek pendidikan islam , bahasa melayu , matematik , geog , kemahiran hidup , sains , dan bahasa arab . alhamdulillah , bm , khb , geog dan b. arab aku bleh a . tu pon cukup2 makan je . takpe , at least a jgak . dan yang math , sains and pai tu b .

siyezli , aku agakl terkilan bila aku dapat taw markah math . aku ase soalan math tu taklah susah mna . and 70% aku yakin yang aku mungkin dapat a . tapi bukan rezeki aku kan . nak buat macam mana . lagipon yang paper 2 tu ada yang aku tak jawab . meh nak cite siket nih . beberapa hari sebelom exam math , compasses aku hilang . aku agak cuak la . then aku mintak la nak pinjam dengan aqilah memandangkan dia ada dua . so dia bagi aku pinjam satu . then aku pon letak la compasses tu dalam pencil box . pastu aku keluar g rehat . lpas rehat tu dah exam math paper 2 . aku cari punya cari tak jumpa jugak compasses tuh . then aku tanya la kawan2 aku , ada nampak compasses aqilah tak ? then elis pon cakap , yang budak laki yang memang aku benci giler2 tuh curi compasses masa aku pergi rehat . pastu , dengan berhemahnya aku pon pergila kat meja budak laki tu , mintak compasses dengan baek2 . then dia marah aku pulak , dia cakap yang tu compasses dia . pastu aku pon pergi la gitaw aqilah . aqilah pon try mintak plak . and budak laki tu cakap compasses tu compasses dia , bukan compasses aku . pastu cakap la yang tu compasses dia , bukan compasses aku .

budak laki tu ngaku la yang dia ambek dari pencil box aku . yela , dia takot ngan aqilah ni sebab aqilah kan anak ust. adnan a.k.a guru disiplin sekolah . then dia mintak la nak pinjam . aqilah tak bagi , aqilah cakap la yang aku dah chop dulu . pastu bila aku mintak dia marah aku plak . then cikgu masuk . pastu cikgu suruh simpan semua buku2 coz exam dah nak start . sumpah aku benci giler2 kat budak laki tuh . dah la time aku nak pinjam compasses ngan aqilah tuh , cikgu ada kat belakang aku . tak berani aku nak berpaling ke belakang . nanti tak pasal2 kertas aku kena koyak . nnati langsung tak ada markah . then soalan tu tak terjwab la . bila ada ruang aku nak mintak tuh , cikgu dah suruh hantar dah pown .

tapi , yela kan . aku tak boleh nak salahkan budak laki tu . belum tentu aku dapat a math kalau aku dapat jawab soalan tu . yelah , kan aku kata soalan tu senang . mungkin sebab senang la membuatkan aku banyak salah . tapi apa2 pun , aku harap sangat2 yang untuk subjek bi ngan sejrah aku boleh a . In Sha Allah :)

Holiday Is Fun ~

Assalamualaikum .

Holiday is fun !! fun la sgt (tangan ke bahu mata ke atas) . hehe . holiday will be fun without homework . arghhh ! banyak gila kot . oleh disebabkan homework tuh banyak sangat , aku rasa malas nak buat . haha . aku kena buat nota sejarah sampai bab 4 . see ? bab 4 ! dah la ni anti dengan sejarah . meh aku list semua homework aku neh .

PAI - latihan yang ustazah kasih , ada la dalam 10 helai kertas .
BM - sinopsis bab demi bab untuk novel 6:20 .
SEJ - nota samapai bab4 and shortnote untuk semua bab .
GEOG - nota samapai bab4 jugak and shortnote untuk semua bab .

see ? banyak kan ? entah sempat entah tidak nak siapkan tuh . tapi kan , kan , kan ,,,satu pon aku tak sentuh lagi . hehe . masa cuti aku sekarang ni dibazirkan dengan fesbuk , belog , maen fon , tgk tv , baca novel . semasa cuti ni , aku dah 3 kali reread novel Cinta Untuk Sedetik Lagi . best siot . then aku baca novel Rindu Di Kalbu pastu baca sambungan cite tu , novel Merdu Lirik Kasih . firsdt time baca novel rindu di kalbu tuh , memang aku benci la dengan watan Ain Syauqina , sian Azad . then baca novel Merdu Lirik Kasih , Azad ng Sorfina . okey lah , best la jugak . hehe . okay aliah , stop cite pasal novel !

Mungkin aku akan mula buat Holiday Is Fun pada minggu depan . *kot . haha . tapi aku akan buat jugak la . mana tahu kalau2 cikgu nak check ke , yang tahun lepas aku buat cikgu tak check pown . huh >,< . mungkin aku akan buat shortnote je . haha , tu sebagai langkah berjaga jaga . bak kata ayah su aku , future will come, prepare for it. yeah . akan ku semat kata2 itu ke dalam otakku ini . huaa .

asrama punya pasal .

Assalamualaikum ,

hari tu aku ada citer kan pasal yang mama suruh aku tinggal kat asrma ? ekceli , hari last sekolah hari tuh , aku pun dengan tidak relanya pergi la jumpa Papa Shahril merangkap warden KKSP . tu pun kalau ikutkan hati aku tanak pergi je , tapi kawan aku ni yang memang dah tak sabar nak masuk asrama . aku pon ikut jela . kan mama aku memang suruh aku masuk asrama .

then , aku , dayah , dan aqilah pergi la jumpa papa . mula2 kitorang ingat nak cari papa kat bilik disipin . tapi dah terserempak pulak dengan papa kat tangga guru . pastu kitorang pon cakap la kat papa yang kitorang nak masuk asrama tahun depan . pastu papa cakap , pergi masuk dalam kawasan asrma , kat papan kenyataan depan kiosk tuh ada senarai nama penghuni asrama bagi tahun 2013 sekali dengan dorm . pastu papa suruh tulis nama katv dorm mana yang berkenan .

sebelum ni , tkah kata , kalau boleh mintak dengan papa supaya aku dapat sedorm dengan dia . time nak tulis nama tuh , aku tak ingat tikah duduk kat dorm mana . puas cari tak jumpa2 jugak . qilah pon tlom la carik skali . tak jumpa jgak . wisya pon ada skali time tuh . dia pon suruh je aku tulis dulu nama kat dorm skali dengan dia . dengan berat hatinya aku pon tulis lah . then , nisha pon lalu kat situ . aku tanya la dia , tikah dok kat dorm mana . dia cakap dorm 19 . cari2 kat dorm 19 , adalah nama insan yang bernama Nur Atikah bt Jaffar itu . kemudian , aku dengan hati yang walangnya kembali la ke sekolah .

sampai kat kelas , aku pun kasitau tikah yang aku dah tulis nama kat dorm 23 . pastu tikah pon cakap biar dia tolong padam nama aku masa dia nak naik dorm nnti and tulis balik nama aku kat dorm 19 . aku pon tersengeh la . then aku pon menconteng la whteboard puas2 sampai la balik .

bila aku dah masu dalam kereta , aku cakap la kat mama yang aku dah tulis nama untuk masuk asrama . mama aku pon senyum , dia kata , masuk jugak , hari tu bukan maen lagi tak nak .

pada sebelah malam pulak kan , tikah kol aku . dia gitau aku , masa dia nak padam nama aku tu , Cik Na datang . cik na cakap , mana boleh padam nama sesuka aty . pastu cik na pon bagi la tazkirah siket2 . haha , kesian tikah . then , tikah pon explain la kat cikna . so nama aku ada dalam senarai penghuni dorm 19 la .

tapi sampai sekarang , aku masih lagi tak sure , sama ada nak masuk asrama ke tak . aku bagitau tikah tentang ke'was-was'an aku neh . then tikah cakap , dia samapai kena marah dengan cik na sbab nak tulis nama aku tuh , aku dengan senang2 tak bak duduk asrama pulak .

p/s : pnjg pulak citer aku kali ni . tapi sumpah , aku tak tahu sama ada nak tinggal kat asrama atau kat rumah . penim >,<


last paper . merdekaa !!!

woohuuuu , esk dah last paper , Bahasa Arab . maybe ssah sket , kot . lusanya , hri last skula . lpas tu cuti . tapi mesti byk hmework ! arghhh .
HOLIDAY IS NOT FUN WITH HOLIDAY IS FUN ! faham mksud tu ? xfaham ? meh nk explain . bla cuti , skula akn kasi kerja skula . dan kerja2 skolah tu digelar sebagai Holiday Is Fun . so , holiday is not fun with holiday is fun . get it ? esk ad jamuan bg fom1 and fom2 . tpi aq tak rasa nak pegi la . duit pun aq x bayar lgi . haha .
pada tanggal 22 November 2012 , markah PKBS 3 akan dhantar kepada ibu bapa melalui pos . omaigodd >o< .
sbnrnya , aq dalam dilema ni . mama suruh aq tinggal kat asrma thun dpan , tpi aq x nak . tpi kalau aq x tinggal kat asrma nnati aq takot lambat ke klas dinihari la . kelas tu pkul 7 da start . selalunya , aq pukul 7 baru nak brtolak . alahh . kalau aq pergi mntak nak tinggal kat asrma pun belum tentu boleh ke tak . sbab skula ada 2 hri je lagi . mgkin kalau boleh pon , aq harus tadah aq punya telinga dulu . tapi , ada org kata , kalau bdak fom3 , fom5 n 6 atas bleh tinggal kat asrama walau apa pun . tak nak la fom 3 .  kbye , aq nk tgk masterchef .(ni la bdok , esok nok pepso bukei nok g baco) :P

final exzam is killing me !!

HeyHey . im here . ni kiranya post yg prtama dlm blog aq . act , bkan pertma . dekat2 nak raye hari tu kan blog aq suruh aq mekapkan dy , so semua post yg entah pape aq dlete teros . semua aq ubah . aq guna skin laen . dan ini lah hasilnya . tadaa . ta cantek ? suka aty aq la blog aq , bukan blog kau . OKEY aliah !! stop mengarut ! enough !

 tajuk kat atas , Exam Is Killing Me . aq tgh xm skrang ni . start hari khamis minggu lepas . susah gile kot . yg plg x tahan , paper sejarah . aq x suke sejarah . bab2 sejarah ni aq slow skit . bm tu okey la . ada org tu cakap , baek x payah jadi orang melayu kalau bm pon x boleh nak jawab . ewah2 , sdapnya mulut dia . huh !

esk aq akan menghadap kertas bi dan pai . bi okey kot , aq cma risau kat bahagian novel uh . tataw sama ada msuk yg fom1 atau fom2 . kalau yg fom2 okey je , benda masih lekat di kepala . kalau yg fom1 , nauzubillah . tpi aq dpt soaln spot dri skula laen . bi kluar yg fom1 punya . novel black beauty . tpi aq x percaya 100% la . kot2 aq dup hfal yg black beauty , kluar yg laen , selok wehh .

pai yg plg aq risau . aq paling risau kat bab sirah .sirah2 ni aq slow skit . x advance macam orang laen . pkbs 2 yg lepas aq dapat cukjup2 makan je . markah dy x payah taw la *malu (blushing) . dah la markah akhir tahun ni dy nak hantar k rumah . buat susah2 je . haha . dupdabdupdab , risau weh . wat2 ever , doakan aq erk ;)