Tautan Berkasih bersama Anak-anak Yatim Kluang







Dah lama sangat rasanya aku tak update blog. So hari ni aku nak cite pasal pengalaman aku dengan anak-anak yatim. This is my first experience, so aku macam terlebih eksaited gitu laa.

Cerita dia macam ni. Untuk koko sem ni aku masuk kelab Khidmat Masyarakat. Saje jelah nak tukar2 since sem lepas aku dah masuk kelab keusahawanan. Macam biasalah kan, kalau sebut je koko mesti tak dapat lari dengan aktiviti luar, tak kisahlah kau masuk apa2 pun, tetap kena ada aktiviti luar.

Untuk seksyen aku, kitorang berpakat nak buat program dengan anak-anak yatim. At first kitorang nak buat program dekat perkampungan orang asli. Tapi bila dah survey orang-orang asli tu dah macam maju jugak. Siap ada rumah banglo, kereta, astro lagi. So macam takde feel keorangaslian sangatlah kan? Makanya kitorang tukar plan nak buat program dengan anak-anak yatim je. 

Setelah berhempas-pulas, maka tibalah pada hari kejadian.............

5 May 2017 ; bertolak dari UTHM lebih kurang pukul 8.30am macam tu lah. Dalam 45-60 minit kemudian sampailah dekat Pusat Kebajikan Anak Yatim Kluang (PKAYIK). Kitorang memang dah tahu range budak2 tu dari sekolah rendah kepada sekolah menengah. Tapi bila je sampai sana, ada dua orang budak laki yang jemput kami. Budak berdua tu agak besar and jauh lagi tinggi dari kami (perempuan). Semua terkejut sebab kitorang duk bayang budak2 yang kecik-kecik comel-comel macam tu. Hahahahahahaha tapi takpe. Pastu kitorang settlekan barang-barang dulu
 Bila semua budak2 dah berkumpul kat dewan, kitorang start dengan perkenalkan diri masing-masing. Setiap fasi kena kenalkan diri masing. Pastu sambung dengan slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Sebelum start main tu, si emcee main pick je mana2 budak kat situ, tanya diorang fasi mana yang diorang dah kenal and guess what ?? One of the children said yang dia dah kenal aku. Hahahaha bangga jap. Untuk game yang first, Ain yang in charge. Untuk second game aku yang in charge. Sumpah kelako. Aku mana laa pernah2 cakap depan orang ramai. So memang neves gila lahh. Ohh game aku ni aku namakan sebagai "apa tu?". Sebabnya game ni pelajar2 kena teka gaya apa yg ahli kumpulan diorang buat. Alaa senang cerita ni kiranya charade lah. And sebab nama game aku macam tu laa aku kena bahan dengan fasi2 yang lain huh -,- Game ketiga pulak Kak Leha yang handle.

Petang tu kitorang buat slot Miracle Science. Dalam slot ni, kitorng tunjukkan kat budak2 tu 4 eksperimen yg ringkas, dan kasi mereka cuba buat eksperimen tu sendiri. Antaranya eksperimen membuat slime, fizz inflator, cucuk2 belon dan volcano. Pastu ada pertandingan kereta belon. Budak2 tu kena buat sendiri kereta belon untuk group diorang. Kalau tak jadi tu nasib la hahahahaha

Yang malam ni aku nak tergelak sikit. Kitorang ada main game. Pastu sebelum main game tu, fasi2 ni cek dulu biskut yang kitorang kasi sebagai barang amanat utk budak2 tu jaga. Pastu ada satu kumpulan ni, biskut sorang ahli dia hilang. Pastu dia terusa takde mood nak main. Dahlaa kumpulan tu ada 5 orang ahli je, 3 orang pulak budak sekolah rendah yang kecik kecik. Aduhmakkk time tu aku berdiri depan pintu, sebabnya kan aku takde kumpulan . Pastu tiba2 ada sorang budak ni main langgar je aku. Angin jugaklahh aku sebenarnya , tapi takpe sabar je. Tak lama lepastu Kak Leha datang bagitahu aku yang budak group dia pergi tinggalkan game. 2 orang pulak tuu . Haa budak yang biskut dia hilang tu laa hahaha. Pastu Kak Leha bagitahu laa kumpulan dia macam tak best sebab tinggal budak kecik 3 org tu je . Pastu diorang punya penjaga (umi), suruh kitorang naik sendiri kat dorm budak2 tu untuk panggil diorang masuk dewan balik. Aku dengan Kak Leha pun naik laa dorm, tapi diorang takde kat situ. Tengok2 diorang pergi duduk kat surau. PAstu Kak Leha pun slow talk laa dengan budak tuu. Nak tergelak pun ada, sebab biskut je dia emo taknak join program. Bila kak Leha dah cakap itu ini dengan dia,maka dia pun kembali laa ke dewan balik.

Esoknnya dah nak balik. Pagi tu adaslot ceramah utk budak sekolah menengah, and pertandingan mewarna untuk budak sekolah rendah. Dua2 ni dijalankan serentak. Asalnya, hanya 4 orang fasi je yang in charge untuk jaga budak2 mewarna, yang lainny akena ke dewan utk sama2 dengar ceramah. Tapi hareyy. Hampir semua fasi pergi menyibuk dekat pertandingan mewarna tu . Hahahahaha Pastu ada laa persembahan sikit2 dari kami, dari diorang. Nak taip, tapi malas pulak --'

Pukul 2 kitorang dah bertolak balik UTHM. hmm sedih :( atas bas tu senyap je sebab semua dah terbongkang tido. Masing2 letih tak cukup tido .

Sebenarnya, aku rasa bersykur yang amat sebab masih ada maa dan abah. Bila balik rumah, boleh jugak nak ngada2 dengan diorang demand nak ni nak tu. Serious aku takleh bayang cemana nanti bila maa dengan abah dah takde. Rumah mesti sunyi. Dengar cerita budak2 tu pun dah buat aku sedih. Kepada adik2 kat sana, akak tahu adik2 semua tabah. Adik2 adalah insan2 terpilih. Dan belajar rajin2 :) *hugs



sebelum bertolak :)
LDK pagi :)














Sebenarnya aku nak susun gambar2 tu ikut kronologi, tapi macam renyah pulakk heee maafkan beta --' Cuma nak cakap, sape2 yang masih ada mak ayah tu, bersyukurlah :)





study week has begun !

 

Pejam celik pejam celik dah nak habis sem 1. Cepat pulak rasa masa berlalu. Dulu masa awal2 masuk sem 1 kemain lagi teruk aku punya homesick kikiki. Sebab masa tu tak ngam lagi dengan roomates, pastu kelas pulak banayk kat KB, which means kena berebut naik bas. PAstu tambah pulak dengan tak berapa nak faham. Tapi alhamdulillah, i managed to face that all :)  

So untuk sem 1, aku pilih group C. FYI, untuk course IT dia ada 3 group which are group A, group B, and group C. Pastu setiap group pulak dibahagi kpd seksyen2 tertentu, kalau group A seksyen 1 dan 2, group B seksyen 3 dan 4, group C seksyen 5 dan 6. Seksyen ni untuk lab je. Kalau kuliah dia gabung satu group. So sekarang ni aku nak citer pasal aku punya group !

Aku pilih group C sebab ramai budak2 yang satu sem khas dengan aku nak masuk group B. Since aku tak kenal rapat dengan diorang, so aku saja2 je nak masuk group C. Dan masa hari aku nak daftar kos tu pun aku tengok group B dan ramai yang isi, group C masih krik krik lagii. So aku pun daftar laa dalam group C. 

Awal2 start kelas tu semua sembang dengan member yg dah kenal. Aku pun macam tu. Aku sembang dengan Ain dengan Syahin je. Hahaha tu je yg aku kenal sejak dari zaman sekolah lagi. Tapi tu masa awal2 laa. Bila dah kenal, group whatsapp tak pernah sunyi, selalu je masuk noti. Tapi bila dah akhir2 ni aku rasa makin rapat. Harap2 next sem jumpa muka mereka lagi. 












  Dua tiga minggu lepas memang busy gila, sebab final projects semua nak kena submit minggu tu. Tu tak campur dengan presentation lagi. Of course laa dalam banyak2 presentation, nak present algo paling mendebarkan. Dahtu pulak kumpulan aku dapat turn kedua. Memang masa kumpulan first tengah present, memang sumpah takleh fokus. Pastu pulak aku  pulanya lecturer tanya soalan yang macam2 kat diorang, makin laa buat kitorang berdebar. Tapi alhamdulillah, everything went smoothly :)

Oh yaa, tajuk pasal study week, tapi aku cerita pasal sem 1. Kahkahkahk saja nak bagitahu yang study week dah start. Minggu lepas minggu last kuliah. Sudy week seminggu pastu dah final. Pastu dah bubbye UTHM. So ada lebih kurang 2 minggu lagi laa kat sini sebelum masing2 balik kampung. Tapi tulaa, harap2 next sem jumpa muka2 ni lagi. btw, good luck for the upcoming final exam guyss :))

homesick


Homesick. Ye aku homesick. Rindu family, rindu maa, rindu abah rindu adik beradik yang selalu gaduh bila jumpa, rindu rumah, rindu katil, rindu semuanya yang ada kat Kelantan. Tadi mimpi maa dan abah datang melawat kat sini. Tapi yulah, mimpi jelah yang mampu. Duduk kat sini stress, stress dengan perangan manusia sekeliling terutamanya. Nak balik. Nak maa. Nak family.